OH AGAMA

Doa dan zikir ketika cuaca panas melampau.

Assalammualaikum,

oh dunia2 nak kongsikan anda sebuah amalan ketika malaysia mengalami cuaca panas yang melampau yang menyerang negara kita betul-betul merisaukan.

cuaca panas melampau menyebabkan pelbagai kemudaratan seperti stroke haba dan lain-lain penyakit.

kita digalakan meminum air putih dan kurangkan aktiviti luar. Insyallah admin doakan semua dalam keadaan sihat sejahtera, amin.

Rugi kalau kita asyik mengeluh panas-panas, ini masanya kita mengumpul sebanyak mungkin pahala atas ujian cuaca Allah SWT berikan.

JOM AMALKAN DOA KETIKA CUACA PANAS MELAMPAU.

Cara bacaan Rumi nya :

( Lailaha illa Allah, Maa asyadda Hazal Yaum, Allahumma Ajirni min Harri jahannam)

Jangan lupa amalkan juga zikir ketika mengalami ujian cuaca panas.

Zikir Ketika Berada dalam Cuaca Panas

“Panasla sekarang nih!”

“Tak larat lah nak keluar,…cuaca sekarang terik…”

“Sekarang cepat penat. Badan alah pada cuaca panas.”

Biasa dengarkan? Aku pun selalu keluar ‘remarks’ macam ni. Belakangan ni, cuaca memang panasnya lain macam sikit. Kat tempat aku, dah lama tak hujan. Terik matahari kat luar tu, kalaulah kita pecahkan telur dan biarkan…confirm boleh masak jadi telur mata kerbau! Hehehe boleh buat lunch 😉

So, hari ni aku nak share dengan korang semua – ketika dalam kepanasan atau berada dalam cuaca yang panas zikirkanlah nama Allah ‘Ya Latif’ sepenuh hati dan berulang-ulang kali. ‘Ya Latif’ bermaksud Yang Maha Lembut. Nama Allah ini digunakan dalam banyak amalan lain contohnya untuk lembutkan hati anak-anak, redakan perasaan marah dan tatkala kita nak berdepan dengan orang yang sukar dibawa berbincang.

Aku belajar tentang zikir ‘Ya Latif’ untuk cuaca panas ni sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak silap, dari salah sebuah buku Hajat (99 Nama Allah). Insya Allah, apabila dizikirkan berulang-kali, Allah akan kurniakan keselesaan pada kita. Walaupun panas terik, dengan izin-Nya, akan ada angin/udara lembut yang mendinginkan kita.

Sumber 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *