HOME OH AGAMA OH PENDIDIKAN

Pelajar Austim sekolah tahfiz amy search Hafaz 30 Juzuk al quran. Subahanallah

Bulan April merupakan hari kesedaran Autisme seluruh dunia. pihak admin Oh dunia2 mengucapkan selamat menyambut hari kesedaran Autisme seluruh dunia. Masalah Austime bukanlah satu halangan untuk berjaya dalam hidup. Ramai tokoh2 bijak pandai berjaya seperti ALBERT EINSTEIN dan lain-lain lagi. Mak ayah yang dianugerahkan dengan anak-anak yang mempunyai autisme tak seharusnya di pinggirkan, mereka juga mempunyai kemahiran dan kehebatan istemewa berbanding anak-anak biasa.

Meskipun pelbagai rintangan dilalui dalam kehidupan yang agak sukar dan penuh liku, namum jika dibimbing dengan betul dan diberi sokongan sepenuhnya, mereka juga mampu berjaya, Bahkan lebih cemerlang berbanding anak biasa.

Atas usaha ibubapanya, siapa sangka anak yang menghidap autisme mampu menghafal 30juzuk al-quran. subahanallah Sungguh luar biasa hebatnya ciptan Allah SWT.

Pelajar sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith milik Amy Search penyanyi rock negara, iaitu Iqbal Hakim Mohd. Isa menjadi pelajar pertama menghafaz 30 juzuk al-Quran sekali gus menamatkan pengajian di sekolah berkenaan.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman berkata, beliau berbangga dengan pencapaian anak istimewa itu yang merupakan penghidap autisme (gangguan pertumbuhan tumbesaran) Subahanallah.

“Selepas tiga tahun satu bulan mengikuti pengajian, Iqbal khatam 30 juzuk al-Quran dan menjalani satu tahun pengajian Nazirah (asas tajwid dan bacaan).

“Alhamdulillah, saya sangat berbangga dan sebak dengan pencapaian serta graduasi Iqbal. Sebagai anak autisme, pencapaian yang ditonjolkan amat luar biasa,” kata Amy, 60.

Ujar penyani lagu Isabella itu lagi, apa yang dipamerkan Iqbal membuktikan kekuasaan Allah SWT.

“Dia adalah anak istimewa namun mampu menghafal al-Quran atas izin Allah SWT. Tiada yang mustahil andai dipilih oleh Allah SWT.

“Saya juga terharu kerana Iqbal berjaya menyesuaikan dirinya untuk belajar di Al-Bayan School of Quran & Hadith,” kata Amy.

Kata Amy, Iqbal turut menjadikan Al-Quran sebagai terapi untuk dirinya sendiri yang masih tidak mampu berbicara walau sudah berusia 10 tahun disebabkan autisme.

Amy yang merupakan penyanyi kelahiran Johor Bahru menubuhkan Al-Bayan School of Quran & Hadith pada tahun 2015 bersama seorang ustaz, Mohd. Bilal Mohd. Sujak.

Sejak dibuka, sekolah tahfiz itu yang mempunyai lebih 40 pelajar tahfiz itu mengikuti pengajian menghafaz al-Quran dan beberapa subjek akademik lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *