OH POLITIK

Hibah Tabung Haji paling rendah dalam sejarah Buat warga net terkejut !

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof pada majlis taklimat prestasi TH di Putrajaya, petang ini.

Tabung Haji mengumumkan hibah tahunan bagi tahun 2018 sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan sebanyak RM913 juta.

Pada tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2017.

Antara Reaksi penguna laman sosial,

Aku kebetulan tonton Awani, ada sidang media Tabung Haji, mereka mengumuman Hibah Tabung Haji sebanyak 1.25% melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 913 juta… Jauh lebih Rendah dari kadar 4.5% atau 6 % Hibah Haji pada tahun lepas.. boleh kata ia terendah dalam sejarah..
tahniah atas keberanian Pengurusan Tabung Haji yang jujur dan berani memberikan dividen dan hibah pada nilai sebenar dan prestasi semasa Tabung Haji.. Bagi aku Tabung Haji berani meletakkan satu tanda aras baru kewangan mereka sepertimana Khazanah yang mengumumkan kerugian atau rosot nilai sebanyak RM 7 Billion..
Kata CEO tabung Haji tadi, Kebanyakan pendeposit tidak terjejas sangat memandangkan ramai yang simpan duit di Tabung Haji ini adalah orang kaya bagi tujuan invesment.. bayangkan hanya 5% pendeposit menguasai separuh dari jumlah Deposit Tabung Haji.. agaknya itu sebabnya mereka sebelum ni nak cadangkan menghadkan jumlah jaminan deposit kepada RM 250 ribu..


Hebat penjelasan CEO Tabung Haji , Datuk Zukri Samat tadi.. InsyaAllah..aku Yakin dia akan berjaya bina semula zaman kegemilangan Tabung Haji sebagaimana dia berjaya bina kegemilangan dan prestasi terbaik Bank Islam pada tahun ini.. 🙂
Kredit ahmad Muslim badawi

APA PULA KOMEN ADA ?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *