Dunia

7 Khasiat Ajaib Air Rendaman Kurma Yang Ramai Tak Tahu

Air rendaman kismis atau kurma menjadi amalan Nabi SAW berdasarkan hadis ini:

عن ابن عباس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينتبذ له أول الليل فيشربه إذا أصبح يومه ذلك والليلة التي تجيء والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر، فإن بقي شيء سقاه الخادم أو أمر به فصب.

[Sahih muslim]

Daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Rasulullah SAW selalu dibuat nabeez untuk Baginda pada awal malam. Lalu Baginda meminumnya apabila masuk waktu pagi hari tersebut, juga pada malam yang akan tiba, pada keesokan pagi, pada malam lain, pada keesokan pagi (hari ketiga) hingga Asar. Sekiranya masih berbaki sedikit, Baginda akan memberinya minum kepada khadam atau Baginda memerintahkan supaya membuangnya.

Dari segi kesihatan tubuh, buah kurma telah terbukti sebagai:

Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).

Tinggi kandungan fiber yang dapat menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh.

Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).

Kaya akan pottassium yang penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.

Khasiat Air Nabeez

Air nabeez adalah minuman yang mengandungi alkali yang dapat membantu dalam proses pembuangan dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.

Ia juga membantu menyingkirkan zat toksin berbahaya dari dalam tubuh.

Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.

Cara Menyediakan Air Nebeez Kurma

Ambil kurma dalam bilangan ganjil.

Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter.

Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.

Sebelum anda tidur, rendam isi kurma dalam air masak dan letak di luar sahaja.

Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air dan jangan biarkan ia terbuka.

Air tersebut boleh diminum ketika sahur.

Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan ketika perut kosong.

Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa bagaimanapun kurma jenis lain juga boleh digunakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! – viralmalaysiaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *