Dunia

Jelitawan Vietnam nekad mengahwini kekasih internet, tanpa menyedari berstatusnya

Nguyen Van Anh merupakan seorang jelitawan yang pernah menjadi ratu cantik di Vietnam, serta dikenali sebagai ‘bunga kelas’ di kalangan rakan sekuliahnya.

Nguyen Van Anh membuat keputusan nekad untuk mengahwini kekasih hati dari Rusia yang dikenalinya di internet dan mendapat tentangan hebat ahli keluarga. Kemudian mereka semua berasa amat terkejut apabila mendapati tunang Nguyen Van Anh sebenarnya adalah seorang usahawan berjaya yang kaya raya.

Pasangan kekasih ini hanya berkenalan dan bertemu di internet selama 10 bulan, apabila mereka membuat keputusan untuk melangkah lebih jauh ke hadapan iaitu untuk memateri rasa cinta masing-masing dengan ikatan perkahwinan.


Kredit : Oriental Daily

Tetapi tunangnya, Deng Gang memastikan sebahagian daripada status sos1alnya yang sebenar di Rusia disembunyikan daripada Nguyen Van Anh. Deng Gang hanya berkata kepada Nguyen Van Anh yang dia seorang pekerja Vietnam yang bekerja di Rusia.

Nguyen Van Anh begitu bersungguh-sungguh dan bertekad untuk mengahwini Deng Gang walaupun kedua ibu bapanya menentang habis-habisan akan perhubungan cinta jarak jauh ini.

Pada mulanya mereka berpendapat perasaan cinta antara satu sama lain itu hanya buat sementara waktu sahaja dan tidak akan bertahan lama.

Nguyen Van Anh dilaporkan seorang pelajar cemerlang di sekolahnya dan menamatkan pengajian dari Universiti Teknologi Hanoi di Vietnam.


Kredit : Apple Daily

Dengan memiliki kelebihan dalam kedua-duanya, cantik dan bijaksana. Bukan sahaja pernah memenangi pelbagai anugerah akademik di universiti, Nguyen Van Anh juga memiliki kecantikan paras rupa dengan rambut panjang yang cantik dan pandangan mata yang mempesonakan.

Dan tidak terkecuali dia pernah memenangi pertandingan ratu cantik di peringkat universiti.

Gadis cantik ini amat terkejut apabila dia terbang ke Rusia untuk mengahwini tunangnya, dan mendapati Deng Gang sebenarnya merupakan seorang usahawan berjaya dan kaya raya yang memiliki perniagaan jenama fesyen sendiri.

Mereka menaiki jinjang pelamin dalam satu upacara perkahwinan gilang-gemilang idaman semua yang dilangsungkan di sebuah hotel bertaraf lima bintang, yang dilaporkan mencecah nilai 1 bilion Dong Vietnam (RM178,000).

Mereka terbang dan mengembara ke tiga buah negara untuk merakamkan gambar pertunangan dan perkahwinan yang cantik dan mempesonakan.

Kini pasangan sama cantik ini merupakan pasangan bahagia yang dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. – Oriental Daily via cokelat putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *