Dunia

Siapa Sangka Rupa Rupanya 5 Selebriti Ini Pernah Berkahwin Lebih 2 Kali, No.2 Mengaku Dah 4 Kali Kahwin

Siapa sahaja yang mahu rumahtangga yang dibina hancur sekelip mata dengan pelbagai punca. Akan tetapi kegagalan perkahwinan kali pertama bukanlah titik noktah buat 7 selebriti ini.

Sebaliknya, mereka bangun dan mencari pelengkap hidup mereka. Bukan sekali mahupun dua kali, tetapi lebih daripada itu mereka tetap mencari pengganti yang rela hidup semati.

1. Abby Abadi

Sebelum ini Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 2013, walaubagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama 11 bulan dan kemudiannya disahkan bercerai.

Dua tahun kemudian, Abby mengakhiri status jandanya dengan berkahwin untuk kali ketiga bersama Muhammad Faizal Zakariadan mengharapkan ini adalah perkahwinan terakhir beliau.

2. Aishah

Empat kali berkahwin! Itu adalah pengakuan dari peserta Gegar Vaganza, Aishah yang mengaku telah berkahwin untuk kali keempat pada awal tahun ini. Sebelum ini Aishah telah bercerai dengan suami ketiganya pada 1972.

Walau bagaimanapun, Aishah enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya dan ingin fokus pada pertandingan ini.

3. Datuk Seri Vida

Disebalik kemesraan yang terpancar pada wajah Datuk Seri Vida dan suami ketiganya, Fairuz Ahmad Zainuddin ternyata ianya tidak berpanjangan kerana mereka disahkan bercerai awal tahun lepas.

Perceraian tersebut turut mengejutkan ramai pihak kerana kali terakhir mereka bersama dan kelihatan sungguh mesra adalah dalam rancangan The House. Apapun, DSV akui tidak serik dan kini sedia menanti calon suami keempatnya.

4. Fiza Elite

Perkahwinan kedua beliau bersama Adam AF ternyata tidak bertahan lama. Setelah beberapa kali cerai dan rujuk akhirnya mereka disahkan bercerai pada 2016. Akan tetapi, hati Fiza ‘pantas disambar’ oleh seorang juruterbang dan mendirikan rumah tangga yang ketiganya pada Julai yang lalu.

5. Ana Dahlia

Hanya bertahan 11 bulan, rumahtangga yang dibina Ana Dahlia bersama anak kepada Chef Wan,Chef Riz juga gagal.

Pada 2016, Ana sekali lagi berkahwin yang juga merupakan kali ketiga buat Ana Dahlia dan kedua bagi suaminya, Mohd. Ashraf yang mempunyai tiga anak berusia lima hingga setahun dari perkahwinan terdahulu. – viwanita / sweetnulltela.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *