Dunia

MasyaAllah Pengasas D’nars pergi dalam perjalanan beri zakat kepada anak-anak tahfiz

Pengasas kosmetik Dnars Skincare, Faziani Rohban, 39, dilaporkan maut dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada pagi tadi.

Kemalangan yang melibatkan antara kereta dan juga sebuah lori itu menyebabkan Faziani tidak dapat diselamatkan, manakala suaminya hanya mengalami kecederaan.

Meninggal dunia dalam perjalanan beri zakat kepada anak2 tahfiz

Dalam perjalanan Memberi zakat

Menerusi laporan daripada Mstar Online, kawan baiknya Natasha Maria Ahkmad memberitahu bahawa Faziani dan suami sebenarnya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz di Pattani bagi memberikan sumbangan zakat.

“Kemalangan berlaku semasa Faziani dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberikan sumbangan. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.”

“Suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim turut terlibat dalam kemalangan tetapi hanya mengalami kecederaan dan beliau yang memaklumkan kepada saya mengenai berita sedih ini,” katanya.

Meninggal dalam perjalanan nak buat kebaikan

Menjengah ke ruangan komen di Facebook, rata-rata warganet menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Mereka turut mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Pergi Di Bulan Mulia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. – ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *