HOME

Akhirnya Pihak Polis Dedah Punca Mereka Temb4k Tukang Paip Dan Ini Kejadian Sebenar

Tindakan dua lelaki bermotosikal yang menghimpit anggota polis trafik yang mengejar mereka di kawasan Jalan Lencong Timur, di Alor Setar, Rabu lalu menyebabkan temb4kan itu terpaksa dilepaskan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, dalam kejadian itu mereka yang menaiki motosikal Modenas melanggar persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi menyebabkan anggota trafik yang berada di lokasi mengejarnya.

“ Siasatan awal kami mendapati, kedua-dua lelaki itu enggan mematuhi arahan polis untuk berhenti sebaliknya terus menunggang motosikal mereka dengan cara berbah4ya serta melanggar beberapa persimpangan lampu isyarat.

“ Dalam usaha lelaki berkenaan untuk melepaskan diri, mereka turut menghimpit secara berbah4ya motosikal yang ditunggang oleh anggota trafik itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, menyedari tindakan berbah4ya yang dilakukan oleh lelaki berkenaan, anggota trafik terbabit kemudian melepaskan satu das temb4kan yang disasarkan ke arah tayar motosikal dengan tujuan untuk menghentikan kenderaan mereka.

“ Tindakan berkenaan terpaksa diambil memandangkan tindak tanduk lelaki berkenaan amat mencurigakan.

“ Malah, tindakan lelaki itu juga mendatangkan bah4ya bukan sahaja kepada anggota trafik itu tetapi kepada orang awam lain,” katanya.

Beliau berkata, namun temb4kan berkenaan bagaimanapun mengenai lengan kiri pembonceng motosikal itu.

“ Satu siasatan terperinci berkaitan kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 dan 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“ Malah, kami memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara profesional, telus dan adil bagi memastikan tiada pihak yang teraniaya,” katanya.

Terdahulu berita turut menyiarkan tukang paip yang ced3ra di lengan kiri akibat ditemb4k anggota polis trafik selamat menjalani pemb3dahan membuang p3luru, hari ini.

Ibu mangsa, Hashimah Mahmood, 49, berkata, anaknya Mohamad Alif Aiman Anuar, 21, dibawa masuk ke dewan bedah 9.20 malam tadi dan keluar dari dewan berkenaan pada 5.40 pagi tadi.

Katanya, Mohamad Alif Aiman atau mesra dipanggil Alif dilihat berada dalam keadaan stabil dan sempat mengadu kepadanya sakit pada bahagian pemb3dahan selain merasa kebas jari.

“ Saya beri dia semangat supaya tak fikir bukan-bukan, saya beritahu mungkin itu hanya kesan selepas pemb3dahan.

“ Doktor pun maklumkan pada saya selepas lima hari, anak saya mungkin akan menjalani pemb3dahan lain, setakat ini doktor tidak menjahit sepenuhnya pada bahagian lengan kerana bimbang ada jangkitan kuman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hashimah berkata, dia difahamkan bahawa satu daripada urat nadi anaknya juga putus akibat temb4kan itu termasuk kerosakan beberapa bahagian saraf.

Hashimah (tengah) menunjukkan laporan polis dan gambar kecederaan dialami anak lelakinya didakwa akibat terkena tembakan di Jalan Langgar berdekatan Jalan Datuk Kumbar

Katanya, doktor tidak membuang serpihan tulang yang hancur kerana bimbang akan merosakkan saraf lain.

“ Cuma doktor harap tidak berlaku jangkitan kuman kerana ia boleh menyebabkan risiko lain termasuklah kemungkinan anak saya boleh cacat.

“ Buat masa sekarang doktor sudah pesan supaya orang luar tidak boleh melawatnya kecuali ibu bapa sahaja, jadi saya harap orang ramai faham dengan keadaan anak saya,” kata ibu kepada lima orang anak ini.

Dalam kejadian 10 pagi semalam, mangsa ditemb4k di lengan kiri oleh anggota polis trafik ketika cuba memberhentikan motosikal dinaiki mangsa dan rakannya di Jalan Langgar berhampiran Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, semalam.

Bagaimanapun, rakannya yang menunggang motosikal terbabit enggan berbuat demikian kerana tidak memiliki lesen memandu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: hmetro & sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *