HOME

Ini Punca Kenapa Perosak Makanan Direman Empat Hari

TIGA lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes khianat bungkusan makanan dan minuman di kedai serbaneka di sebuah pasar raya di Nilai, malam kelmarin.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nurharyatie Mohd Saini, pagi ini.

Ketiga-tiga suspek berusia 18 dan 20 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban jam 11.30 pagi dikawal oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, suspek sebelum itu ditahan polis, jam 3.45 petang semalam.

“Mahkamah membenarkan suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Penahanan terhadap ketiga-tiga lelaki itu dibuat selepas polis menerima laporan yang dibuat pengurus kedai serbaneka, pada jam 11 malam kelmarin.

Difahamkan, kejadian disedari selepas dia melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya susulan video yang tular.

Suspek dikatakan merakam video perbuatan itu di Instagram Story sebelum tular di media sosial.

Hancurkan barang di Family Mart, netizen dakwa remaja sengaja raih kecaman

Semalam, telah tular di media sosial beberapa orang remaja telah merosakkan barangan jualan di satu kedai serbaneka popular iaitu Family Mart. Kes tersebut dikatakan berlaku di Family Mart Nilai, Negeri Sembilan yang dilakukan oleh remaja lelaki dan dirakam menerusi IG story salah sorang daripada mereka.

Dah bayar dulu katanya

Selepas video tersebut tular dan mendapat kecaman daripada warganet, remaja-remaja tersebut telah memuat naik satu lagi video dengan mendakwa sudah membayar makanan yang dirosakkan itu terlebih dahulu sebelum merekod video.

Sayalah budak yang viral picit2 roti tu…”

Namun begitu, tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh mereka telah memakan diri apabila netizen semakin galak menghentam gejala vandalisme tersebut. Remaja yang dikenali sebagai Raiyan_rhm dan Luqbubbles telah tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan tersebut.

Dia juga mendakwa telah memohon maaf dengan pekerja Family Mart serta membayar ganti rugi diatas keterlanjuran kelakukannya itu.

Kata dah beli dulu?

Walau bagaimanapun, menerusi salah satu Instagram parodi kepada remaja tersebut yang menggunakan nama Luqman Hakeem, rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan mempersoalkan tindakan biadap mereka itu. Mereka turut inginkan kepastian sama ada mereka membayar dahulu makanan tersebut ataupun selepas video itu dirakam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *