HOME

‘Muka lawa, tapi pengotor’ – Lelaki tergamam penyewa wanita buat rumah macam tongkang pecah

Alangkah terkejutnya seorang lelaki apabila mendapati bilik yang disewakan kepada seorang penyewa wanita ini berada dalam keadaan yang terlalu kotor dan berselerak.

Menurut lelaki itu, penyewa wanita itu luarannya nampak bergaya dan selalu memakai solekan yang lawa tetapi apabila melihat keadaan rumah, boleh sakit jantung dibuatnya.

Ikuti perkongsian lelaki itu di bawah:

Sakit jantung abang pagi tadi. Lokasi abang rahsiakan demi menjaga aib. Disebab ada kerosakan paip, air dari sistem pembentungan melimpah keluar. Jadi, abang terpaksa masuk ke bilik penyewa ini (dah minta izin). Tapi dia macam berat sikit nak bagi masuk, katanya bersepah.

Ini bukan bersepah dah ni, tetapi ini rumah sampah! Sempatlah jumpa dua tiga ekor setan dalam bilik ini tadi.

Sedih, sakit hati dan kecewa. Tak tahulah apa yang abang rasa sekarang. Semuanya ada. Ini penyewa yang masih menyewa dan sangat teruk tahap pengotor dia. Dan paling sedih, dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya tetapi pada hakikatnya?

Please lah jangan kahwin dengan dia ni…

Ini takde abang nak cover ke apa. Bra, spender bersepah, makan bersepah. Kuah apa entah tumpah di lantai. Plug tak tutup. Yang paling geli, pantiliners dia buang atas lantai saja.

Korang tengoklah dalam setiap gambar. Boleh bayangkan tak manusia hidup dengan setan macam mana?

Abang cukup-cukup menjaga rumah abang supaya tak ada maksiat, supaya tak ada benda tak elok yang berlaku. Adoilah, nak dirotan kang, anak orang. Harap abang ceramah kat WhatsApp dia boleh sedarlah. Ke nak abang hantar suara azan kat voice WhatsApp sekali?

Sumber: Tuan hamba via kulihatlangitbiru

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *