HOME

Ayai Ilusi Takut Guna Wang Gegar Vaganza Untuk Pergi Haji. Tapi jawapan ustaz buat dia terdiam

Jika kita imbas kembali Juara Gegar Vaganza musim pertama tahun 2015 lalu, Ayai Ilusi atau nama sebenanrnya Zaharuddin Kamaruddin yang menerima hadiah RM100,000 takut untuk menggunakan wang berkenaan menunaikan ibadah haji bersama isteri.

Umum mengetahui, program tersebut berbentuk hiburan dan pastilah mengundang rasa kurang selesa dan tidak sesuai untuk digunakan bagintujuan beribadah.

Tanya ustaz untuk kepastian

Tetapi, selepas mendapat kepastian daripada beberapa orang ustaz, Ayai mendapat jawapan yang melegakan hatinya kerana semua ustaz yang ditanya olehnya memberi jawapan yang positif mengenai wang hadiah Gegar Vaganza tersebut.

“Saya bertanya beberapa ustaz di program Pencetus Ummah dan Imam Muda Asyraf tentang perkara ini bagi meminta kepastian kepada mereka yang tingggi ilmu agama Islamnya terlebih dahulu.

“Mereka memberitahu tidak salah kerana ia adalah rezeki yang Allah beri dan dilakukan dengan hasil usaha sendiri serta tidak menyimpang.

“Lirik-lirik dalam lagu yang saya bawakan sepanjang pertandingan juga tidak mempunyai unsur Iucah dan mengghaiirahkan,” – Ayai Ilusi.

Ustaz memberitahu wang tersebut boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji memandangkan ianya rezeki hasil usaha sendiri dan tiada ‘maksiiat’ di atas pentas yang dilakukan oleh Ayai Ilusi.

Ayai Ilusi tak bawa ‘prop’ perempuan untuk mana-mana persembahannya pun dapat juara. Hehe…

Amal petua ibu bapa

sekalipun kini usianya mencecah 55 tahun, vokal penyanyi Ayai Illusi tetap mantap seperti dulu. Penyanyi yang dikenali melalui lagu Puisi Cinta itu bertuah kerana mewarisi bakat seni daripada Allahyarham ibu bapanya.

Mula dikenali bersama kumpulan Ilusi pada 1988 menerusi album Dalam Illusi, Ayai atau Zahruddin Kamaruddin tidak lokek berkongsi tip penjagaan vokalnya.

Dia akui mempunyai beberapa petua yang diamalkan sejak dulu yang dikongsi ibu bapanya ketika mereka aktif menyanyi dulu.

“Sudah lama saya amalkan petua minum satu gelas air suam setiap hari sebelum solat Subuh. Biasanya saya akan selawat kemudiannya tarik nafas sambil minum air dalam gelas itu perlahan-lahan hingga habis.

“Selain itu, setiap kali mandi saya juga pastikan kemam air dalam mulut selama lima hingga 10 minit. Saya lakukan ini setiap hari,” katanya.

Satu lagi petua yang Ayai amalkan dalam menjaga vokalnya ialah berhenti merokok.

Katanya, dia tidak merokok sejak lebih 20 tahun lalu dan akui dulu memang perokok tegar.

“Dulu setiap hari hidup saya tidak lengkap jika tidak merokok dengan jumlah banyak. Apapun, perancangan daripada Allah sangat baik. Saya nekad berhenti merokok pada 1994.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : Mstar via tehpanas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *