ISU SEMASA

Bayi Mauut Hanya Terceekik Roti Di Ruman Pengasuh, Apabila Disiasat Rupanya Ini Yang Berlaku

SEMINGGU selepas kemaaatian seorang kanak-kanak akibat terceekik bebola ikan di sebuah tadika, seorang lagi budak berusia dua tahun sebulan meningggal dunia, kali ini gara-gara terceekik roti.

Lebih memilukan insiden menimpa kanak-kanak perempuan, Nia Adreana Nasir itu berlaku di rumah pengasuhnya di Selayang, Selangor pada pagi Isnin lalu.

Image may contain: food

Semasa kejadian, roti itu berjaya dikeluarkan pengasuhnya tetapi mangsa sudah tidak sedarkan diri apabila dikejarkan ke Hospital Selayang.

Kisah tragis itu dikongsi Marrya yang juga ibu saudara kepada Nia Adreana atau lebih dikenali sebagai Baby Puteh

Menurut wanita berkenaan, kakaknya yang juga ibu kepada Baby Puteh bergegas ke rumah pengasuh dua anaknya di Selayang selepas dimaklumkan bahawa anaknya tercekik roti.

“Insiden berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin lalu. Pengasuh call kakak beritahu Baby Puteh nafas tercungap-cungap sebab terceekik roti.

“Tapi dia beritahu sudah keluarkan sendiri roti tersebut. Kebetulan waktu tu kakak yang kerja sebagai jururawat dah nak habis waktu bekerja syif malam di Hospital Selayang.

“Bila kakak saya sampai rumah pengasuh dia tengok Baby Puteh dah leembik… mulut biru. Dia pun kalut ambil kereta drive bawa anak dia sendiri ke hospital,” katanya.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Dia asyik cakap bye mama bye mama. Dia main dekat ruang tamu sekejap lepas tu datang dekat mama dia kat dapur cakap bye mama.

Jelas Marrya yang berasal dari Sik, Kedah, Baby Puteh berada dalam keadaan kriitikal sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu sebelum dia disahkan meningggal dunia kira-kira pukul 10.43 pagi Khamis.

“Masa hantar hospital, baby dah tak bernafas, mulut memang biru habis. Kiranya dah tenat… peluang 50-50.

“Doktor ada beritahu kalau sembuh pun baby dah tak normal sebab otak dia dah maati. Mungkin disebabkan pengasuh lambat bertindak,” dakwanya.

Dua beradik ini dijaga pengasuh yang sama di Selayang, Selangor.

Marrya berkata insiden berlaku semasa pengasuh mahu membuang air besar.

“Pengasuh beritahu dia tinggalkan roti dengan air untuk Baby Puteh dan kakaknya makan sendiri. Lepas tu dia pergi bilik air sebab sakit perut.

“Dia kata tinggal sekejap, itu alasan dia. Tapi kalau sekejap kenapa keadaan Baby teruk sangat sampai tak bernafas walaupun roti dah dikeluarkan,” katanya.

Namun Marrya berkata mereka sekeluarga turut kecewa dengan pengasuh yang didakwa lambat bertindak dan tidak menyedari insiden itu dari awal.

“Kami terutama kakak saya memang terkilan disebabkan kelalaian pengasuh. Kakak pelik kenapa roti dah dikeluarkan tapi Baby dah tak bernafas.

“Itu maknanya Baby dah lama tercekik mungkin pengasuh lambat tengok. Kalau dia cepat mungkin boleh selamatkan Baby,” katanya yang memberitahu pengasuh ada datang membaca Yasin petang Isnin lalu.

Bagaimanapun Marrya memberitahu kakaknya enggan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian anaknya itu.

Baby Puteh berulang kali berkata ‘bye mama’ sebelum kejadian itu berlaku.

“Kakak tak nak buat postmortem sebab kasihan jenaaazah kena bedah. Dia hanya cakap kalau betul pengasuh tu lalai biarlah dia jawab dengan Allah.

“Dia pun ada anak. Kalau dia tak lalai mungkin sebaliknya berlaku sebab baby terceekik roti sahaja,” katanya.

Kata Marrya lagi, kakak kepada baby Puteh, Nia Anzalna turut memaklumkan kepada pengasuh yang dipanggilnya ‘mama’ mengenai keadaan adiknya.

“Kakak panggil mama… mama baby terceekik makan roti kenyang.

“Kakak dengan Baby beza umur setahun. Mereka dah macam kembar. Memang kakaknya traauma sebab mereka sangat rapat,” katanya.

Dalam pada itu, Marrya turut mendedahkan perubahan sikap Baby Puteh sebelum kejadian tersebut.

“Dia asyik cakap bye mama bye mama. Dia main dekat ruang tamu sekejap lepas tu datang dekat mama dia kat dapur cakap bye mama.

Jenazah Baby Puteh selamat disemaadikan di kampung halaman ibunya selepas Maghrib pada Khamis.

“Masa malam terakhir kakak hantar rumah pengasuh sebab kerja syif malam, Baby cakap benda sama. Kakak cakap memang pelik,” katanya.

Traauma dengan insiden itu, Marrya mengingatkan orang ramai terutamanya pengasuh supaya sering memantau kanak-kanak kecil di bawah jagaan mereka.

“Banyak pengajaran selepas insiden ini. Saya minta janganlah bagi kanak-kanak makan sendiri. Kalau nak bagi makan kena pantau.

No photo description available.

“Kalau nak tinggal ke tandas ke apa ke jangan bagi makan dulu. Beringatlah sebab nyaawa tiada galang ganti. Jagalah mereka seperti anak sendiri,” katanya.

Marrya memberitahu jenaazah Baby Puteh selamat dikebuumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Falah Kampung Betong Jeneri Sik, Kedah selepas Maghrib pada Khamis.

Sumber: info ibu hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *