Hiburan

Nak Jadi Isteri Saya? Ini Pesanan Remy Ishak Buat Wanita Pikir Dua Kali

WALAUPUN belum mempunyai calon isteri, pelakon popular Remy Ishak sudah memilih tarikh 20 Februari tahun depan bagi melangsungkan perkahwinan.

Remy, 37, berkata, tarikh itu dipilih sebagai persediaan melangkah ke fasa baru dalam hidupnya selepas putus tunang baru-baru ini.

“Kalau sudah ada calon, esok juga saya nak kahwin. Saya memang nak kahwin, tapi apakan daya jodoh tak sampai lagi. Cuma tarikh saja yang sudah ada iaitu 20 Februari tahun depan. Jadi, saya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk mencapai misi itu.

“Orang cakap saya terlalu memilih, tapi dalam soal perkahwinan memang kena pilih. Kita nak berkahwin untuk tempoh yang lama dan kalau boleh kekal selamanya. Bukan nak sekejap saja. Saya tak nak selepas beberapa tahun berkahwin timbul masalah,” katanya kepada Harian Metro.

Remy berkata, dia masih mencari calon sesuai untuk dijadikan pasangan hidup dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Remy mengakui wanita yang bakal menjadi pasangannya hidupnya perlu membuang sifat cemburu.

“Menjadi isteri saya memang susah. Pertama, kena buang rasa cemburu. Kalau sudah cemburu, tidak akan ada yang positif. Dari situ akan wujud sikap mengongkong. Saya pula nak bergerak dan membawa keluarga ke arah bahagia dan berjaya. Kalau itu berlaku ia akan menjadi susah.

“Saya berada dalam bidang hiburan dan mempunyai ramai peminat wanita. Selepas ini perkara yang tak ada apa, dijadikan masalah pula. Saya tak mahu semua ini.

“Jika saya cuba kawal sekali pun, susah. Cemburu dengan perempuan ibarat irama dan lagu. Takkan saya nak berhenti berlakon? Kalau berhenti sekali pun, perkara sama tetap terjadi,” katanya yang kini menjalani penggambaran drama bersiri empat episod, Ombak Rindu bagi tayangan iflix.

Dalam drama itu, Remy bergandingan dengan Izara Aishah, Datin Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Hanna Aqeela dan ramai lagi.

sumber:HM

 

Siapa Pula Model Wanita Berkawan Rapat Dengan Remy Ishak Sekarang?

 

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba timbul dakwaan pelakon Remy Ishak dikatakan sedang menjalinkan hubungan rapat dengan seorang wanita bergelar model.

Menjelaskan perkara terbabit, kata pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, dia mengakui telah mengenali wanita berkenaan sejak lima tahun lalu sebelum bertunang.

Malah, tambah Remy statusnya yang kini solo tidak menghalangnya untuk berkawan atau mengenali mana-mana individu di sekeliling.

“Itu kawan lama saya yang saya kenal sebelum saya mengenali bekas tunang saya lagi. Hubungan kami pun sekadar kawan.

“Mungkin kisah ini tiba-tiba timbul bila ada peminat yang terlalu mahukan saya dan Mira Filzah bersama seperti lakonan kami dalam drama.

“Jadi mereka tidak senang apabila ada individu lain yang rapat dengan saya selain Mira.

“Tak bolehlah begitu sebab saya manusia biasa dan saya berhak kenal dengan sesiapa sahaja,” katanya kepada Gempak.

Remy yang ditemui pada majlis rumah terbuka Origina di A-Park, Puchong baru-baru ini turut terkilan apabila rakan wanitanya itu termasuk Mira Filzah dituduh menjadi punca perpisahannya dengan bekas tunang, Ezza Yusof.

“Tak elok lemparkan tuduhan macam-macam pada kawan saya.

“Saya sebenarnya kasihankan mereka sebab pelbagai perkara tak manis timbul padahal ia tidak membabitkan sesiapa pun.

“Punca saya dan bekas tunang putus sebab keputusan kami sendiri.

“Jadi, saya harap hentikan spekulasi ini sebab ia akan mengundang fitnah dan kesannya tidak baik untuk semua pihak,” tegas Remy lagi.

Dalam perkembangan lain, Remy bakal muncul dalam filem aksi Sangkar dan drama bersiri Ombak Rindu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *