Hiburan

Rihana Petra Berkongsi Kisah Pertemuan Mereka Dalam Bahasa Melayu Menarik Perhatian Netizen.. Memang Kisah Yang Romantis Bak Cinderella

Voevodina yang menggunakan nama Islam Rihana itu menerusi kapsyen memanjatkan rasa syukur dikurniakan bayi pada 21 Mei lepas.

Selain itu, Voevodina turut berkongsi momen indah bersama suami dan sehingga kini sudah memiliki 149 ribu pengikut di walaupun baru memuat naik sembilan keping foto.

Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Voevodina telah memeIuk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum foto majlis resepsi perkahwinan dengan Sultan Muhammad V tular pada 22 November tahun lepas.

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana sehingga ke hari ini.

Voevodina atau Rihana pernah merangkuI gelaran Miss Moscow pada tahun 2015 selain turut bekerja sebagai modeI di China dan Thailand.

Sebelum ini Rihana Petra telah berkongsi kisah percintaan mereka di IG beliau. Berikut sambungan kisah Cinta mereka di Malaysia

Kisah Percintaan (part1)

“Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.

Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … akan bersambung”

Kisah Percintaan (part2)

“Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan.

Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut. Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York.

Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi. Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya. Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia.

Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu. Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah”

Berikut komen dari pengikut ig Rihana

“Your malay is great!”

“Alhamdulillah….jodoh tu rahsia Allah..semua dh tertulis …semoga sinar kebahagiaan dan keimanan berterusan buat keluarga pn permaisuri…”

“Woww kecek kelate sikit tuanku.”

“Semoga diberikan kebahagiaan dan dibukakan pintu rezeki”

Berikut status IG Rihana dalam bahasa English

Apakah ada lagi sambungan kisah cinta mereka? Sama-sama kita saksikan

 

Sumber by by: Viral Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *