ISU SEMASA

Angkaara 3 Ekor Gajah Betina Maati Diraacun, Amuukan Dua Ekor Gajah Ini Mengemparkan Penduduk

BAGAIKAN balas deendam! Itu tindakan dua ekor gajah yang merosakkan rumah penduduk di Kampung Sri Timur, di Kluang, dalam kejadian 1 pagi hari ini.

Akibat kejadian itu, Afian Kamin, 36, bersama empat ahli keluarganya berdepan detik ceemas dan terpaksa menyembunyikan diri selain memerhatikan haiwan itu merosakkan pelbagai barangan di luar rumah mereka.

Katanya, kejadian disedari apabila seorang daripada mereka mendengar bunyi bising di luar rumah sebelum satu benda berat memijak atap zink lama yang berada di bahagian dapur rumah.

“Saya kemudiannya melihat dari celah tingkap dan ternampak dua ekor gajah berada betul-betul di luar rumah dan ketika itu, garaj kereta sudah roboh dan tiangnya pula menghempap kereta.

“Ketika itu, isteri, ibu mentua dan dua anak saya turut bangun dan kami semua ketaakutan kerana risau gajah berkenaan mengaamuk hingga mengaancam nyawa kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Menurut Afian, mereka sekeluarga bernasib baik apabila gajah itu beredar selepas merosakkan garaj kereta, tanaman di halaman rumah, pokok kelapa dan kelapa sawit.

Katanya, selepas memastikan gajah sudah beredar, dia pergi ke Balai Polis Kampung Gajah untuk membuat laporan termasuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kluang.

“Ini adalah kali pertama rumah saya diseraang gajah selepas hampir 12 tahun menetap di sini.

“Walaupun kampung ini sering di datangi gajah liar sebelum ini, namun ia tidak pernah merosakkan rumah penduduk.

“Minggu lalu, ada gajah datang berhampiran rumah saya tetapi kerosakannya tidak seteruk pagi tadi dan gajah-gajah ini kebiasaannya akan datang pada musim buah seperti durian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri Johor, Salman Saaban berkata, mengarahkan kakitangan Jabatan Perhilitan Kluang untuk ke lokasi bagi memantau dan mengawal keadaan.

Terdahulu 3 gajah betina maati diraacun

KLUANG – Tiga ekor gajah betina yang ditemukan mati di Kampung Sri Timur 3, di sini hari ini dipercayai akibat diraacun.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pada pukul 9.30 pagi ini.

“Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada Jabatan Perhilitan Kluang dan kira-kira pada pukul 11.30 pagi, wakil daripada jabatan itu tiba di tempat kejadian untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kemaatian tiga ekor gajah tersebut tular dalam media sosial ekoran baangkainya yang ditemui bergelimpaangan di kawasan kampung berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Salman Saaban memberitahu, pihaknya sudah dimaklumkan perkara berkenaan.

“Kami sedang menunggu laporan forensik untuk mengetahui punca sebenar kemaatian ketiga-tiga gajah itu.

“Satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam waktu terdekat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *