HOME

Walaupun Imam Turki Ini berumur 106 tahun, masih GAGAH dan masih SEGAR bacaan surahnya

Imam Turki berumur 106 tahun, masih GAGAH untuk memimpin solat berjemaah di masjid
Yaqoob Ibrahim Patel Badiwala

Masya Alah, Tabarokallah ما شاء الله تبارك الله…

Sungguh besar nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Di saat orang lain yang sebaya dengannya sudah banyak yang tiada lagi di dunia ini, beliau masih GAGAH memimpin solat berjemaah di sebuah masjid di Turki.

Inilah yang dikatakan sebesar2 nikmat bukan sahaja tu buh badan yang masih sihat tetapi umur panjang yang digunakan untuk berbuat amal soleh…

Saksikan video…

sumber; Yaqoob Ibrahim Patel Badiwala

Pahala solat jemaah di rumah dan masjid

“Solat jemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sudah pasti solat di masjid banyak fadilat dan kelebihannya daripada mana-mana tempat. Banyak hadis menerangkan kelebihannya daripada berwuduk dan berjalan ke masjid sehinggalah beriktikaf di masjid.

Lagi banyak jemaah lagi bagus dan baik. Cuma banyak pendapat yang anda dengar sehingga anda pun naik susah hati sampai anda faham pahala solat jemaah di rumah hanya dapat seperti yang anda sebut.

Di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafie dan saya rasa anda pegang itu sudahlah.

Imam al-Syafie Rahimahullah mengatakan dalam Al-Mukhtashor wal Ashhaab, “Mengerjakan solat jemaah bagi laki-laki di masjid lebih utama daripada mengerjakannya di rumah, pasar dan selainnya.

Hal ini berdasarkan hadis yang telah kami sebutkan dalam keutamaan orang yang berjalan menuju ke masjid. Juga kerana mengerjakannya di masjid lebih mulia dan menampakkan syiar jemaah.

Imam al-Syafie dan ulama mazhab Syafie berpendapat bahawa boleh bagi laki-laki mengerjakan solat fardu berjemaah di rumahnya bersama isteri dan anak-anaknya. Namun, perlu diingat bahawa mereka tidak lupa untuk mengerjakannya di masjid.

Pahala berjemaah memang dapat walau dengan isteri dan anak-anak di rumah namun janganlah sampai tidak ke masjid. Didiklah anak-anak ke masjid supaya menjadi kebiasaan.

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *