ISU SEMASA

“Baru Tidurkan Dia Dah Rasa Letih” – PU Abu Mengaku Penat Jaga Anak

Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan mengakui letih menguruskan anak sulungnya, Muhammad Adam Aysar yang kini berusia sebulan.

Menerusi akaun Instagramnya, PU Abu berkongsi sekeping foto tertidur di kerusi ketika mendodoikan anaknya itu.

“Aku baru tidurkan dia dah rasa letih, macam manalah Umi jaga aku dulu,” getusnya.

Namun, PU Abu berjanji kepada dirinya sendiri untuk menjaga amanah Allah dan memberikan kasih sayang sebaik mungkin buat anak lelakinya itu.

“Ayah akan cuba sedaya upaya berikan kasih sayang pada Adam sebaik mungkin seperti ayah lain memberikan kasih sayang pada anaknya.

“Adam takkan rasa ruang kosong dalam hidup Adam,” janji PU Abu.

Bagaimanapun, posting itu mengundang krltikan netizen yang mengaitkan peng0rbanan bekas isterinya, Ain ‘Afini Latif yang berhempas pulas mengandung, melahirkan dan menjaga bayi mereka bersendirian.

“Macam tu jugalah Ain jaga Adam seorang diri,” tulis seorang pengguna.

“Tapi Umi awak untung sebab masa tu suami dia ada di sisi. Tapi Ain? Moga Ain kuat ye, Adam jadi anak yang soleh ye,” tambah pengguna lain.

“Macam manalah perasaan ibu dia kandungkan dia dengan alahan dengan usung sana sini check-up teran untuk keluarkan baby lagi. Peng0rbanan seorang isteri,” soal pengguna lain pula.

PU Abu bernikah dengan Ain ‘Afini pada 31 Ogos 2018 namun telah mencer@ikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac lalu menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini, Ain ‘Afini menerusi laman sosialnya mendedahkan dia telah dicer@ikan Abu Sufyan selepas lelaki itu memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.

Sumber: catatan terakhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *