HOME

Selepas Hana mula dedah m4salah rumah tangga, PU Abu akhirnya buka mulut status hubungan mereka

Seblum ini Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa seakan memberi gambaran dia kini sedang hamil menerusi laman Instastory miliknya pada Isnin.

Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, berkata dia bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita baik buat masa ini.

“Insya-Allah tidak lama lagi saya akan kongsi. Sebab saya belum bersedia lagi nak kongsi apa-apa buat masa sekarang melainkan perkara itu daripada Abu sendiri,” katanya kepada mStar.

Hana diminta mengulas mengenai video ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik wanita hamil yang dimuat naiknya di laman Instastory.

Dalam pada itu, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufya Mohd Mokhtar Rozaidi ketika dihubungi mStar turut mengambil langkah berdiam diri.

“Insya-Allah, apa-apa saya akan beritahu nanti,” katanya secara ringkas.

Menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, PU Abu menjelaskan dia dan Hana sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain Afini Latif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April lalu.

Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca percer4ian antara pendakwah bebas itu dengan Ain. Konflik percer4ian PU Abu dengan Ain berkesudahan dengan jatuhnya talak dua pada 16 Mei lalu.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

“Kami dah tak tinggal sebumbung,kini dalam proses BERC3RAl”

APA dah jadi dengan peserta Pencettus Ummah (PU) Abu Sufyan ni? Selepas dilanda kontr0versi mencerraikan isteri yang sedang hamil, dia dihiimpit kisah sensasi baharu apabila rumah tangga bagi perkahwinan keduanya pula dikatakan mulai rettak.

Selepas dua bulan mencerraikan Ain ‘Afini Latif, kebahagiaan yang diharapkan untuk perkahwinan terbaharunya dengan ibu tunggal, Hana Azraa turut diuji.

Perkara itu dikongsi sendiri Hana Azraa kepada mStar.

Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama.

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerrai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

Hana mendoakan kebahagiaan PU Abu, Ain dan anak mereka.

“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” kata Hana kepada mStar.

Dah mula unfollow di instagram

Menerusi semakan mStar, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masing-masing sejak sebulan lalu.

Tambah Hana, dia tampil mahu menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen.

“Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami.

Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah. NURHANNAH AZRA MOHD ZAKIR ISTERI PU ABU

“Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.

“Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” ujarnya.

PU Abu akhirnya buka mulut status hubungan

Dalam pada itu, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi ketika dihubungi mStar enggan mengulas berhubung kenyataan Hana mengenai status rumah tangga mereka.

“Saya dan dia masih suami isteri,” katanya secara ringkas.

Menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, PU Abu menjelaskan dia dan Hana, seorang ibu tunggaI yang mempunyai seorang anak itu sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwwa netizen.

p/s: Diharapkan mereka dapat menyelesaikan kemelut ini dengan baik dan tidak berlarutan seperti apa yang berlaku dengan isteri pertama dulu

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *