ISU SEMASA

‘Tergamam RM 25 Sekilo Bukan Sebiji Tapi Isi Durian Sahaja’ Mulanya Disangka Mahal Tapi Peniaga Muda Ini Buat Netizen Terpegun

Baru-baru ini ada seorang pemuda di Sintok yang menjual isi durian sahaja supaya pelanggan akan mendapat isi durian yang baik dan memuaskan hati pelanggan agar mendapat durian yang baik dan mengelak dari mendapat isi yang buruk.

Kisah ini berlaku juga kali ini di Perlis bila ada seorang peniaga muda yang menjual isi durian agar pelanggan mendapat durian yang baik.
APABILA berbicara mengenai durian, selain terbayang keenakan rasanya, memikirkan soal harganya juga boleh buat anda sakit kepala.

Namun, lain pula cerita pasangan dari Perlis ini yang mana mereka bertemu dengan seorang peniaga durian ‘rare’ yang disifatkan sangat jujur dan pemurah, Ahad lalu.

Menurut Nur Hajar Wan Mansor, dia dan suaminya Azran Abdul Razak pada waktu itu sedang dalam perjalanan dari Jitra, Kedah untuk pulang ke Perlis.

“Masa tu lalu jalan kat highway Universiti Utara Malaysia (UUM) menuju ke Changlun, ternampak gerai durian. Saya memang nak beli sebab sebelum ni dah terbeli yang tak elok kat tempat lain.

“Mula-mula dia kata RM25 sekilo. Saya kata dekat suami, mahal juga tu. Tapi rupa-rupanya sekilo tu isi sahaja, dia tak timbang sebiji buah dengan kulit.

“Terus kami beli dua kilo. Tapi dia bagi lebih sikit. Saya sebenarnya nak buat ‘durian crepe’, nak ganti kepada pelanggan saya sebab durian sebelum ni kurang elok,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Selasa.

Nur Hajar dan suaminya Azran memuji peniaga yang hanya menjual isi durian yang ditemui mereka

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia dan suaminya, masing-masing berusia 32 tahun agak terkejut dengan sikap pemurah dan jujur peniaga berusia lingkungan 20-an itu dalam menjalankan perniagaan durian yang kini rata-rata peniaga menimbang buah tersebut berserta kulit.

Mengenai durian yang dibeli, dia terlupa untuk mengira jumlah ulas yang diperolehinya tetapi mengakui apa yang diperolehi lebih banyak berbanding kiraan timbang biji dan masih mempunyai lebihan sehingga hari ini.

“Memang banyak, yang kami makan saja dah lebih sepuluh ulas kemudian saya guna untuk buat kuih. Sekarang pun ada lagi baki separuh bekas,” katanya.

Kata Hajar lagi, mungkin juga peniaga itu mahu berkongsi rezeki dengan orang ramai apabila dia menjual durian dengan cara sedemikian.

“Suami ada borak sikit dengan dia, kami pun merancang nak pergi beli lagi kat gerai dia.

“Terkejut juga, biasa orang timbang dengan kulit. Bagi saya sangat baguslah. Tak adalah nak ambil untung je.

“Dia juga akan buka durian depan kita sebelum timbang isi. Jadi memang pelanggan akan dapat 100 peratus isi yang elok-elok sahaja,” ujarnya yang turut mengusahakan perniagaan kek secara sambilan.

Selepas mengeluarkan isi dari kulit durian yang dibeli pelanggan,peniaga muda ini memasukkan ke dalam bekas

Dalam pada itu, perkongsian Hajar di laman Facebook mengenai peniaga durian berkenaan menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 7,000 perkongsian.

Malah, rata-rata pelayar Facebook turut meninggalkan komen pujian buat pemuda itu.

Banyak hasil sampingan dari buah durian seperti durian crepe

“Ini contoh yang baik… Harap-harap peniaga yang lain ambil contoh macam ni,” tulis Noras Fyra.

“Moga murah rezeki adik. Jujur nak bagi orang beli dapat yang elok,” tulis Inaz Ahmad.

“Tak pernah lagi jumpa orang jual macam ni, semoga bertambah rezeki adik,” tulis seorang lagi pelayar Facebook.

Sumber: mstar via newscoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *