Hiburan

Terkejut Dengan Perkongsian Terbaru Rihana Petra Tentang Kisah Hidupnya Yang Bukan Calang-Calang

Terdahul Rihanna Petra berkongsi cerita cintanya di laman instagrammnya

 

Voevodina yang menggunakan nama Islam Rihana itu menerusi kapsyen memanjatkan rasa syukur dikurniakan bayi pada 21 Mei lepas.Selain itu, Voevodina turut berkongsi momen indah bersama suami dan sehingga kini sudah memiliki 149 ribu pengikut di walaupun baru memuat naik sembilan keping foto.

Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Voevodina telah memeIuk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum foto majlis resepsi perkahwinan dengan Sultan Muhammad V tular pada 22 November tahun lepas.

Image result for rihana petra

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana sehingga ke hari ini.Voevodina atau Rihana pernah merangkuI gelaran Miss Moscow pada tahun 2015 selain turut bekerja sebagai modeI di China dan Thailand.

Sebelum ini Rihana Petra telah berkongsi kisah percintaan mereka di IG beliau. Berikut sambungan kisah Cinta mereka di Malaysia

Kisah Percintaan (part1)

“Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.

Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … akan bersambun”

Kisah Percintaan (part2)

Image result for rihana petra

“Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan.Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut.

Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York. Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi. Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya.

Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya. Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia. Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu.

Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah”

Berikut komen dari pengikut ig Rihana

“Your malay is great!”

“Alhamdulillah….jodoh tu rahsia Allah..semua dh tertulis …semoga sinar kebahagiaan dan keimanan berterusan buat keluarga pn permaisuri…”

“Woww kecek kelate sikit tuanku.”“Semoga diberikan kebahagiaan dan dibukakan pintu rezeki”

Berikut status IG Rihana dalam bahasa English

Terkini Rihana Petra

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pengikut yang dihormati. Saya ingin memberitahu sedikit sebanyak mengenai diri saya.

Nama saya Oksana dan saya dilahirkan pada 10hb Julai 1992 di Astrakhan, Rusia. Hari ini adalah hari jadi saya yang ke 27. Saya membesar dan juga bersekolah di Taganrog, daerah Rostov-on-Don. Semasa remaja, saya pergi ke ‘Summer School’ di Oxford untuk belajar Bahasa Inggeris.

Image result for rihana petra

Pada 2009, saya berpindah ke Moscow dan menjadi pelajar di ‘Plekhanov Russian University of Economics’. Saya mendapat ijazah sarjana muda ekonomi pada tahun 2013. Pada tahun 2015, saya memenangi pertandingan ratu kecantikan ‘Miss Moscow’. Tidak lama kemudian, saya menceburi bidang industri fesyen. Saya mencipta jenama pakaian renang saya sendiri.

Pada masa yang sama, saya belajar di ‘Moscow School of Radio and Television’. Pada tahun 2016, saya telah dianuggerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan.

Saya seorang pakar dalam pemasaran antarabangsa. Pada tahun yang sama, saya membuka salon kecantikan di Moscow.

Pada tahun 2017, saya berpindah ke Kuala Lumpur. Saya berkahwin pada bulan Jun 2018 dan pada bulan Mei 2019, saya melahirkan anak saya Ismail Leon- Tengku Mahkota Kelantan, dan insyallah bakal Raja Kelantan.

Image result for rihana petra

Apakah ada lagi sambungan kisah cinta mereka? Sama-sama kita saksikanSumber by by: Viral Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *