Hiburan

“Kadang-Kadang Bunyi ‘Pret'” – Luna Maya Mengaku

Pelakon jelita Indonesia, Luna Maya akui kerap membuang angin terutama ketika berada di lokasi penggambaran.

Berkongsi perkara terbabit menerusi rancangan bual bicara Mak Inpoh baru-baru ini, kata Luna dia sering menutup malunya itu dengan menyalahkan orang lain.

“Kalau betul-betul terkeluar (kentut) dan ternyata ada bau, ada diam sahaja?” soal hos rancangan itu, Sarah Sechan.

“Tidak, paling-paling pun tanya balik bau apa ni?” jawabnya berseloroh dengan menyalahkan individu berdekatannya.

Malah, tambah bekas kekasih Reino Barack itu, tindakan tidak sengajanya itu bukanlah dilakukan secara terang-terangan.

“Biasanya sedikit sahaja. Kadang-kadang bunyi ‘pret’ kadang-kadang ‘ssss’,” tambah Luna lagi.

Pendedahan santai itu mengundang tawa penonton yang hadir untuk menyaksikan rancangan bual bicara itu.

Menerusi perkongsian rasmi di Instagram pun ramai tidak menyangka perangai sebenar Luna yang dianggap melucukan itu.

Apapun, kentut itu normal kan?

BERIKUT Gambar Mesra Luna Maya Bercuti Dengan Keluarga Nasimuddin di Bali

Kisah gosip percintaan antara usahawan terkenal Faisal Nasimuddin dengan pelakon dari Indonesia, Luna Maya semakin bualan hangat di kalangan peminat. Difahamkan baru-baru ini Faisal bercuti ke kampung Luna, di Pulau Dewata, Bali bersama ibu dan keluarga besarnya. Percutian ini turut disertai anak jutawan terkenal, Chryseis Tan yang merupakan isteri kepada Faliq Nasimuddin.

Hal ini terungkap melalui foto yang dikongsikan Luna dan Faisal di media sosial, hingga membuat orang ramai berteka-teki tentang hubungan mereka berdua ini. Jom lihat beberapa gambar yang dikongsikan oleh mereka.

Selain itu, Faisal juga ada memuatnaik foto bersama Luna dan teman-teman lainnya di akaun Instagramnya. “What’s up Canggu,” tulis kapsyen dengan menyertakan hashtag #bali, #weekend, #sharewithsmf.

Nampaknya percutian keluarga Nasimuddin dan Luna ini sangat disenangi oleh pengikutnya media sosial di mana Luna sangat bahagia saat bercuti bersama Faisal dan keluarganya. Maka tak hairan jika ramai netizen yang mendoakan pasangan ini dipertemukan jodoh.

sumber: astrogempak, hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *