Connect with us

Dunia

Upah pakcik tua RM5. Curiga dia kembali dgn 2 plastik besar

Published

on

Foto sekadar hiasan. Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

“Nak apa?!”

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

“Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..”

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.

Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

“Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!”

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

“Sudah nak!!” Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

“Kenapa ni? Gila?!”

“Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit.”

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

” Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?”.

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

“Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak.”

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

“Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati.”

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dunia

Anda Masih Ingat Dengan Penyanyi Tegar, Ini Yang Berlaku Padanya Sekarang!

Published

on

By

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, mungkin  anda masih familiar dengan lirik lagu tersebut.

Kalau pengamen cilik Tegar? masih ingat gak ?
Namanya melejit beberapa tahun yang lalu.

Bahkan ia diundang tampil ke beberapa acara reality show.

Lewat lagu fenomenal yang berjudul aku yang dulu bukanlah yang sekarang, Tegar menjadi viral seketika.
Bahkan Tegar mewujudkan mimpi yang sama dalam lirik lagunya, yaitu masuk ke dapur rekaman.
Penasaran gak gimana kabarnya sekarang ?

1. Tambah Ganteng

Saat Tegar pertama kali terkenal, dirinya masih bocah lucu dengan ukulelenya.

Nah sekarang Tegar udah beranjak dewasa loh

Ya, di umurnya yang  16 tahun, Tegar tumbuh jadi remaja ganteng dan kece.

Artikel ini telah tayang di tribunmanado.co.id dengan judul Ingat Tegar si Pengamen Cilik ? Gak Nyangka Begini Kabarnya Sekarang, -tribunnews

Continue Reading

Dunia

15 Aksi-Aksi Tidur Di Tempat Awam Yang Paling Menggelikan Hati

Published

on

By

Tidur merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan. Namun demikian, atas pelbagai faktor, ramai orang sekarang yang tidak ‘mampu’ untuk mendapatkan waktu tidur dengan secukupnya.

Jadi, bagi mengantikan waktu tidur malam mereka yang tidak mencukupi itu, rata-ratanya ‘terpaksa’ untuk ‘power nap’ seketika di mana-mana akibat kepenatan. Tidak kisahlah sama ada tidur di tempat kerja ataupun di dalam kelas, gaya-gaya tidur di bawah ini memang menghiburkan sekali.

#1. Bagaimana dia boleh sampai tertidur di atas rak?

#2. Kawan Sekerja Siap Buat ‘Pondok-Pondok’ untuk dia.

#3. Suatu hari pasti dia berbangga ada gambar kenangan bersama Obama Barrack.

#4. Apabila anda sudah tidak larat sangat dengan kerja yang bertimbun.


#5. Apabila tidur di mana-mana pun jadi.

#6. Tak kisah lah tidur macam mana sekalipun, janji dapat tidur.

#7. Ni dah tahap mengantuk betul ni.

#8. Jangan tak sedar pula bila dah sampai di penghujung.

#9. Selebriti pun terasa letih juga.

#10. Masa ‘Academy Awards‘ pun boleh tertidur.

#11. Tengah ditemubual untuk TV Shows pun boleh tertidur.

#12. Empuk sangat tilam itu, sampai terlena.

#13. Pasti sedang berada dalam minggu peperiksaan.

#14. Tak kisah dah apa yang berlaku pun, dah mengantuk sangat.

#15. Mungkin tempat tidur paling selesa bagi dia pada masa itu.

#16. Silap hari bulan, esok sudah berada di tempat lain.

#17. Dah dibuai mimpi.

#18. Janji aku dapat tidur.

#19. Sedang bermimpi jadi penari balet kah?

#20. Dapat bersandar di tiang ni pun jadi lah.

#21. Dah mengantuk sangat ni.

#22. Apabila terlupa siapa di sebelahnya. Boleh terus tertidur.

#23. Memang habis selesa dah ni.

#24. Apabila tidur terlalu nyenyak.

#25. Alolo comelnya, Santa dan bayi.

Bonus: baby dan neneknya.

Tempat mana yang anda atau kawan-kawan anda pernah terlelap tidur? Apakah posisi tidur yang pelik anda dan kawan anda pernah buat? Boleh kongsikan pandangan anda di dalam ruangan komen. – Taiko.fun

Continue Reading

Dunia

14 Gambar Aksi ‘Superhero’ Yang Sempat Dirakamkan Oleh Lensa Kamera

Published

on

By

kadang-kadang wira sebenar bukan Superman atau Kapten Amerika tetapi orang biasa yang kita lihat setiap hari.

Kalini kami telah mengumpul beberapa gambar yang membuktikan bahawa hero yang sebenarnya berada di sekeliling kita.

#1. Mempunyai risiko yang amat tinggi.


#2. Tidak kisah apa yang berlaku di sekeliling anda, hadiah tetap hadiah.


#3. Benda yang sangat penting pada saat-saat ini.


#4. Lelaki ini memberi amaran kepada orang ramai tentang kehadiran polis di situ.


#5. Dah boring sangat nak buat macam mana.


#6. Menakjubkan. Meskipun tinggi melangit, pizza ini tidak jatuh.


#7. Jangan risau saya dah berlatih banyak kali.


#8. Lelaki 80 tahun ini mereka kereta api untuk membawa anjing-anjingnya bersia-siar.


#9. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana mereka melakukannya.


#10. Penghantaran mesti sampai walau macam mana pun cuaca.


#11. Terlebih prihatin.


#12. Proses mencipta rekod sedang dijalankan.


#13. Terima kasih kepada siapa yang menulis nota ini.


#14. Ayah memang sentiasa menjadi hero kepada anak-anaknya.

Continue Reading

Trending