Hiburan Keluarga

‘Dia Ajak Saya Ke Bilik Hotel’-Jojo ‘One Nation Emcees’

Sebagai seorang manusia, kita tidak pernah lari dari melakukan kes1lapan. Apa yang penting, kita hendaklah segera kembali ke pangkal jalan dan bertavbat dengan d0sa yang telah dilakukan.

Memetik laporan Media Hiburan, ahli kumpulan One Nation Emcees, Jojo mengakui tidak pernah solat kira-kira 20 tahun yang lalu. Namun beberapa tahun kebelakangan ini, dia dilihat sudah mula melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan.

‘Saya tak pernah sembahyang’

Kisah penghijrahan ahli kumpulan One Nation Emcees, Jojo atau nama sebenarnya Nur Hasan bin Baias cukup memberi inspirasi kepada semua orang. Sebelum ini Jojo pernah berkongsi bagaimana hatinya dijentik untuk kembali solat selepas 20 tahun.

Jojo akui dari awal penglibatan dalam dunia seni dia mengakui sering membelakangkan soal agama.

Kena G0da Dengan Kawan Baik Ajak Berz1na

Walaubagaimanapun, saat-saat mula berhijrah, dia tak terlepas dari ujian yang boleh menggugat imannya. Murai.my tertarik dengan sebuah wawancara eksklusif di saluran Youtuber Zayan MY yang menjemput Jojo untuk berkongsi cerita di mana dia pernah diuji dengan godaan seorang wanita yang merupakan sahabatnya.

“Allah uji saya, pada mula-mula saya berhijrah, saya diajak oleh seorang wanita untuk ke bilik dalam sebuah hotel. Pada awalnya wanita itu berkata dia ada masalah. Jadi saya datanglah. Tapi bila masuk je bilik, saya dapati wanita itu hanya memakai T-shirt sahaja”

Jojo berkata, dia tidak menyangka, pada awalnya wanita itu mengajaknya ke bilik untuk menceritakan m4salahnya namun sebaliknya berlaku.

“Pada masa itu, dia ajak saya berbuat sesuatu yang disentvh. Masa itulah saya diuji rasa macam berfikir sama ada saya mahu lakukan atau tidak”

“Tapi saya fikir dah hijrah, kalau saya buat ini, Allah akan mvrka. Jadi saya terus ke tandas ambil Wudhuk dan buat solat Tahajjud”- ceritanya.

“Wanita itu terus terkejut, dia ambil selimut dan menutupkan dirinya dan rasa malv. Alhamdulilah sekarang dia pun dah bertudung”.

Terfikir apa rasanya bila orang solat?

Di dalam mimpi itu, dia sempat membaca al-Quran dengan sangat lancar sebelum membuka pintu dan melihat ramai lelaki berjubah mengajaknya solat.

Sejak dari itu, hatinya tergerak untuk berubah dan menjadi Muslim yang lebih baik.

Bayangkan ketika itu, masjid di sebelah rumah pun saya tak nampak. Bila saya berhijrah, masyaAllah ada surau berdekatan dengan rumah. Bayangkan betapa gelapnya hati saya ketika itu.

Jadi bila saya nak belajar, ketika itu saya terfikir apa rasanya bila orang solat. Orang kata bila solat itu lahirnya nikmat, saya mahu nikmati rasa itu. Pada awalnya saya nak belajar solat Subuh, saya belajar sendiri. Tengok Google dan saya berjaga dan tak tidur.

Bermula dari Subuh di masjid

Menurut Jojo yang mempelajari agama dari pelajar Timur Tengah, dia mula solat dari satu waktu ke waktu yang lain sehinggalah istiqamah selama dua minggu.

Bermula dari Subuh saya ke masjid, kemudian dari situlah saya istiqamah selama dua minggu, tanpa henti dan tiba-tiba dia bagi saya hidayah untuk solat Isyak dan Maghrib di surau yang sama.

Kemudian Allah bagi ilham lagi, rasa seronok dan saya belajar pula Asar dan Zuhur. Kalau dulu saya tidur sampai petang. Kali ini bila rasa nak belajar tu, saya cuba. Alang-alang saya cubalah sempurnakan lima waktu.

Dan sehingga kini, Jojo perlahan-lahan mempelajari solat sunat dan belajar al-Quran.

Mudah-mudahan kisah hijrah Jojo ini dapat menjadi inspirasi kepada semua orang lagi-lagi anak muda. Temubual penuh Jojo ini boleh ditonton di saluran Youtube Zayan MY. Banyak lagi kandungan yang menarik di paparkan pada setiap video di laman Youtube Zayan MY. Tunggu apa lagi, jangan lupa Subscribe Youtube Zayan MY.

Sumber : Media Hiburan , Street Dakwah Writer – Ali Russia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *