Keluarga

Jasmin Hamid Baru Sahaja Kehilangan Org Yang Tersayang

PELAKON Jasmin Hamid pernah mendedahkan anak bungsunya Haziq MacQuistan sudah bersedia untuk mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.

Jasmin, 46, berkata, Haziq yang kini sudah berusia 17 itu mempunyai minat terhadap lakonan sejak kecil.

“Semoga dipermudahkan segala urusan anakku… Haziq dah sedia menyambung legasi saya sebagai anak seni.

“Dari dalam perut saya dia dah mula berlakon sebab ketika saya hampir melahirkannya, saya masih lagi aktif berlakon,” ujarnya di Instagram.

Dalam perkembangan terkini, Pelakon Jasmin Hamid berkongsi berita sed1h apabila nenek kesayangannya yang digelar Opah telah men1nggal dunia kira-kira jam 1:30 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan pelakon senior terbabit menerusi Instagram.

“Innalillahiwainnaillahirojiun. ALLAHUMMAGHFIRLAHA WARHAMHA WA’AFIHI WA’FUANHA.

“Satu-satunya OPAH yang saya ada dan kesayangan saya, telah menemui penciptaNYA sebentar tadi 14 Jan 2020 jam 1.30 am.

“Mohon pada anak cucu dan saudara mara datang menziarah j3nazah arw4h di Sungai Buaya, Rawang.

“Mohon doakan juga untuk Arw4h Opah saya agar di ampunkan segala dosanya, mendapat Husnul Khatimah dan di tempatkan di dalam syurgaNYA tanpa HISAB,” tulisnya.


Menerusi ruangan komen, rakan selebriti turut memberikan respon sedih diatas perkongsian tersebut.

anuarzain70 Innalillahi Wainna Ilaihi Roojii’uun

anitabaharom Innalillahiwainnailaihirojiun alfatihah

rokayahdayan Salam takziah….semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama2 org2 yg soleha dan beriman…..aamiin

nurulahlina_ Salam takziah kak jasmin..smoga allah mengampuni allahyarhamah dan di tempat di syurga..don’t be sad,kita smua akan lalui rasa seperti ini..bnyk kn brdoa utk arwAah..

Takziah buat Jasmin sekeluarga dan semoga arw4h ditempatkan bersama orang beriman.

Dalam perkembangan lain, Jasmin sibuk dengan pengambaran drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang akan bermula pada hari pertama Ramadan April ini.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *