Hiburan

Kesiannya Issey Kena Tanggung 3 Anak T1ri…” –Netizen

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Issey Fazlisham memberikan komen balas terhadap perlian netizen mengenai dakwaan terpaksa menanggung tiga orang anak t1rinya.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 33, juga turut memuat naik komen tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

“Kesiannya Issey kena tanggung tiga orang anak tiri” tulis individu tersebut dengan menggunakan emoji ketawa.
Issey kemudiannya membalas komen itu dengan menggunakan ayat paling manis dan kata-kata positif.

Menurut Issey, bapa kepada anak-anak tirinya itu meninggal dunia akibat kemalangan.

“Lagi gembira ada lah sis… Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalangan. Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka.

“Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ya? huhu. Ni komen dekat ig wife Issey. Biarlah orang nak kata apa @aimi_jamel. Janji awak tetap my Stephen Chow,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata menyokong coretan Issey termasuklah rakan selebriti seperti Fad Bocey, Izzue Islam, Nadzmi Adhwa, Anas Ridzuan, Feeya Iskandar, Uyaina Arshad dan Upiak.


Terdahulu, Issey sah bergelar suami kepada pengurus sumber manusia, Noor Aimi Mohamed Jamil, pada 22 Disember 2019.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan Imam Masjid Mukim Kampung Pauh Panji, Tengku Mahmood Tengku Ibrahim.

Sebelum ini, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun berpi1sah setahun kemudian dan tidak mempunyai cahaya mata.

Baru Je Lepas Kahwin Dengan Issey, Isteri Mula Paniik

Issey kata, Noor Aimi Jamel, isteri yang baru sahaja dikahwininya itu mengalami kejutan dunia glamor.

Mana tidaknya, selepas berkahwin dengan selebriti, Aimi terkejut apabila jumlah pengikutnya di Instagram naik mendadak.

“Dia masih belum biasa dengan dunia hiburan dan terkejut bila ramai tulis komen di setiap gambar. Dia cepat panik kalau ada yang nak interview.

“Kamera pun takut padahal dia bekerja di bahagian sumber manusia dan selalu jumpa orang. Mungkin dunia hiburan terlalu baru untuk dia,” kata Issey kepada mStar Online.

Tambah Issey lagi, dia berharap agar isterinya itu dapat belajar menyesuaikan diri dan tidak terlalu memikirkan komen netizen.

“Saya bukan nak menunjuk-nunjuk isteri, tapi kita memang dalam bidang ini jadi sedikit sebanyak tempias itu akan diterima oleh isteri,” tambahnya.

Sementara itu, Issey mengakui bukan mudah memegang tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada tiga anak tiri.

Apatah lagi mereka melalui hubungan jarak jauh kerana isterinya bekerja di Kelantan.

“Buat masa ini, saya tinggal sendiri di KL. Dua minggu sekali isteri akan ke sini. Setakat ini tiada masalah.”

Semoga Issey sentiasa berbahagia dengan pasangan ya.

“Aku Dah Langkah Beberapa Step,” –Ini Janji Issey Bila Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkongsi momen istimewa menghantar tiga anaknya ke sekolah buat kali pertama.

Jelasnya, walau sudah melangkau beberapa langkah, namun dia tetap tanam harapan untuk cuba menjadi bapa terbaik buat anak-anak.

“Hantar anak sekolah. Fasa baru dalam hidup. Aku dah langkah beberapa step. Banyak yang tertinggal.

“But, i will try my best to be a good daddy,” tulisnya.


Sekadar imbasan, Issey baru sahaja menamatkan zaman duda bersama Noor Aimi Mohamed Jamil,32.

Noor Aimi mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu.

“Memang Dah Lama Plan Nak Honeymoon Di Korea, Sejak Belum Ada Bini Lagi” – Issey Malu-Malu Nak Bergambar ‘Sweet’
Pelawak, Pelakon dan penyampai radio Issey Fazlisham bersyukur kerana dapat merealisasikan impian untuk membawa ‘isteri’ berbulan madu di Korea Selatan.

Issey ketika dihubungi Gempak berkata, niat tersebut telah ditanam sejak sekian lama, iaitu sebelum memiliki sesiapa pun dalam hidupnya.

“Sebenarnya memang saya dah lama plan nak bawa ‘isteri’ pergi honeymoon di Korea. Masa pasang angan-angan tu, saya belum ada sesiapa pun dalam h1dup ini.

“Alhamdulillah, impian kesampaian dan saya harap Aimi gembira,” katanya.

Menurut Issey, bulan madunya ini tidak disertai anak-anak kerana beberapa faktor seperti cuaca dan musim cuti persekolahan yang hampir tamat.

“Awalnya saya nak bawa anak-anak sekali, tetapi selepas mengambil kira beberapa faktor seperti cuaca sejuk dan cuti sekolah pun nak habis kami tangguhkan dulu hasrat tersebut.

“Alah…kasi can lah mommy dan daddy berdua dulu. Lagi pun sekolah dah nak buka, anak-anak kena kumpul mood sebelum masuk sekolah,” katanya ketawa.

Tambah Issey dia juga dalam perancangan untuk membawa isteri dan anak-anak mengerjakan umrah, jika ada kesempatan nanti.

“Saya masih mencari tarikh yang sesuai untuk melaksanakannya. Semoga dipermudahkan urusan kami nanti,” ujarnya positif.

Mengulas mengenai cahaya mata, Issey tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki lebih awal, namun buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada anak-anak Aimi terlebih dahulu.

“Saya tidak merancang, kalau ada rezeki Allah nak bagi saya terima. Tetapi buat masa sekarang ini saya mahu mengenali anak-anak Aimi dengan lebih rapat lagi.

“Doakan saya menjadi suami dan bapa yang baik ya semua,” katanya.

p/s: Semoga Issey terus kuat dan berbahagia dengan keluarga baru dia

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *