Hiburan

“Mungkin silap saya, kerana lafaz itu… hingga kini kami belum ada anak”-Shah Iskandar

PELAKON Shah Iskandar sedar sikapnya yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan media sosial menjadi penyebab dia seperti dipinggirkan daripada dunia seni.

Menurut Shah, 36, susulan itu terdapat penerbit, pengarah serta peminat yang menyangka dia sudah tidak lagi aktif sebagai pelakon.

“Saya akui tawaran lakonan tidak ‘selebat’ dahulu… mungkin saya agak degil tak mahu ikut arus zaman seperti pelakon lain mempromosikan diri di Instagram.

“Saya akui bab media sosial saya memang agak jarang update sampaikan isteri saya tegur dan meminta saya agar lebih rajin menggunakan medium itu.

“Jadi tidak menafikan ini antara punca nama saya agak kurang kedengaran kebelakangan ini. Tapi sebagai seorang yang meminati bidang lakonan saya masih berusaha menempatkan nama agar terus kekal relevan,” katanya kepada mStar.

GENAP empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Mohd Noor, pelakon Shah Iskandar berkata dia dan isteri masih bersabar menantikan kehadiran cahaya mata.

Shah, 37, bagaimanapun tidak tertekan memikirkan tentang anak dan terus berusaha secara normal untuk mendapatkan zuriat.

Silap Saya

“Alhamdulillah sudah empat tahun kami berkahwin… tentang anak? Tak ada t3kanan! Mungkin silap saya dulu pernah cakap nak rancang dan kerana lafaz itu hingga kini kami belum dapat anak.

“Jadi sesiapa yang nak kahwin tu janganlah lafaz mengenai plan anak, terima sahaja kalau ada rezeki.

“Sekarang ini kami masih berusaha sama seperti pasangan lain, lagipun hubungan kami baru empat tahun, ada pasangan lagi lama dah berkahwin… saya kira ini masa untuk kami lebih memahami dan rapat,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Shah berkahwin dengan Siti Sarah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada 16 Januari 2016.

Bercakap mengenai perancangan tahun baharu, pelakon drama Syurgaku Tak Sempurna ini memberitahu fokusnya kini lebih terarah pada bidang perniagaan.

Tahun ini saya nak lebih tumpu pada bisnes sebab simpanan pun dah menipis, job lakonan pun tak macam dulu!
Ujarnya, dia mula menyedari kesilapan lalu tidak menyediakan simpanan yang cukup semasa usia masih muda.

“Tahun ini saya nak lebih tumpu pada bisnes sebab simpanan pun dah menipis, job lakonan pun tak macam dulu.

“Silap saya zaman muda dulu tak menyimpan, jadi tahun ini kita fokus cari duit, isteri saya fokus dengan bisnes spa dan saya pula dengan produk penjagaan untuk ibu bersalin, Embah dan Insya-Allah selepas ini kita akan buka restoran di Damansara, Selangor,” katanya.

Shah dan isteri mahu fokus bidang perniagaan.

Sementara itu, Shah turut berpesan kepada pelakon baharu supaya menyediakan simpanan yang cukup demi kegunaan masa depan.

“Kepada pelakon-pelakon yang nak ceburi bidang seni ini pastikan kena ada passion dan kalau cepat putus asa memang tak kekal.

“Selagi stesen televisyen dan produksi mahukan bakat anda, buatlah simpanan kewangan. Lebih-lebih lagi yang belum berkahwin, simpanlah duit!

“Banyak contoh artis veteran yang mengalami masalah kewangan, apabila dah sak1t duit pula tak cukup, simpanan itu penting. Selain itu, jagalah penampilan, bersungguh-sungguh dalam kerja dan jangan somb0ng,” ujarnya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *