Hiburan Keluarga

Penerbit buku cerita punca sebenar Puteri Balqis terpaksa jual puisi di jalanan

PENERBIT puisi 38 Poems of Puteri Balqis iaitu Aini Marhana atau dikenali sebagai Hanna Lola kesal apabila terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan niatnya membantu pelakon Puteri Balqis yang berdepan dengan kesvkaran hidup.

Aini berkata, dia menerima banyak mesej daripada individu yang m4rah dan turut mempersoalkan mengapa dia membiarkan Puteri Balqis atau Aqish untuk menjual sendiri buku puisi itu secara langsung.

Jual dalam talian tiada sambutan

“Niat saya memang nak membantu Aqish supaya mereka boleh menampung keh1dupan. M4langnya buku puisi yang dijual secara dalam talian tiada sambutan sehingga Aqish dan ibunya berusaha untuk jual secara langsung.

“Namun selepas cerita kisah hidupnya tular, ramai pula yang mesej saya dan mar4h-mar4h sebab benarkan Aqish yang tidak s1hat itu keluar sendiri jual buku. Hakikat sebenarnya mereka tidak

tahu. Saya keluarkan modal sendiri untuk terbitkan 1,000 nakshah pertama dan keuntungan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka.

Aini Marhana mahu bantu Puteri Balqis.

“Sekiranya tidak dapat membantu daripada segi kewangan dengan membeli buku, sekurang-kurangnya berilah moral support” ujarnya kepada mStar.

Aini bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membeli dan membuat sumbangan kepada remaja itu.

Katanya, buku puisi itu sudahpun terjual sebanyak 500 naskhah bagi keluaran pertama.

Sementara itu Aini berkata, mereka dalam perancangan untuk menerbitkan buku puisi edisi bahasa Melayu dalam masa terdekat.

“InsyaAllah memang kami ada perancangan untuk terbitkan buku bahasa Melayu, ia bukan alih bahasa daripada puisi lama tapi karya baharu daripada Aqish,” ujarnya.

Selepas cerita kisah hidupnya tular, ramai pula yang mesej saya dan m4rah-mar4h sebab benarkan Aqish yang tidak s1hat itu keluar sendiri jual buku.
Dalam pada itu Aini menyifatkan Puteri Balqis, 13, sebagai seorang remaja yang tabah dan matang dalam menempuhi ujian h1dup.

Katanya, dia mengenali remaja itu dan ibunya Norashikin Mohd Aziz ketika sama-sama berniaga di bazar Uptown kira-kira 10 tahun lalu.

“Saya kenal rapat dengan Aqish dan ibunya sejak lebih 10 tahun lalu, sampai ada yang sangka saya ibu Aqish dan minta keizinan untuk bergambar,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, kisah kesemp1tan hidup Puteri Balqis mendapat perhatian selepas disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.

Menerusi program itu, Puteri Balqis yang mengalami mas1lah kes1hatan terpaksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung keh1dupan.

Hanna Lola atau nama panggilannya Lola telah berkongsi di Facebook beliau tentang kisah perkembangan terkini Puteri BaIqis.

” Harini bangun tidur, buka Whatsapp, mak aiii banyak betul new whatsapp. Terima kasih kerana sudi membantu Puteri BaIqis dengan membeli buku “38Poems of Puteri BaIqis”.

” Tak kurang juga ada yang whatsapp semata-mata nak pertikaikan kenapa as a parents tak jaga kebajikan Aqish. Ada yang marah-marah kenapa Aqish tak sekolah? Habis macam mana masa depan dia? Dan macam-macam lagi perkara yang agak kurang sopan untuk di tanya.

” Maaf saya dan mak Aqish tak reply semua whatsapp tersebut. Sekiranya tak dapat membantu dari segi kewangan dengan membeli buku Aqish sekurang-kurangnya bagi la moral support. Sedih sangat. Tahu nak blame je. Nak cerita pun terlalu panjang story dia.

” Lola sebagai kawan mak Aqish, dah cuba yang terbaik untuk tolong dorang terutama Aqish. Sebelum ni mereka pernah cuba minta bantuan dari beberapa pihak tertentu tapi tidak dilayan. Dorang pun segan sebenarnya asyik minta tolong sana sini, dorang pun ada maruah juga.

” Pernah Lola marah mak Aqish kenapa tak bagitau Lola yang dorang takde duit nak makan, beberapa hari dah tak makan sebab dorang segan dah asyik minta tolong je.

” Bulan puasa pun tiada kenikmatan berbuka puasa seperti yang lain sebab takde duit nak beli makanan. Bukan kerana mom dia taknak keje, tapi tak boleh nak berkerja dengan keadaan Aqish yang macam tu.

” Sampai la 1 hari mak Aqish call Lola, dia jumpa buku nota Aqish ala-ala diary, tapi penuh dengan quotes. Dia bagitau boleh la masukkan quotes ni dalam buku Planner 2020 ko nanti. Lola cakap haaa oke jugak, mesti Aqish suka .

” Tapi bila mak Aqish send gambar-gambar quotes tu di wassup. Lola kata tak sesuai untuk buku planner sebab quotes ni sedih and deep sangat. Ape kata kita buat kan buku Quotes Aqish terus. Since dorang memang takde duit, jadi Lola willing keluarkan modal untuk dorang, keuntungan memang sepenuhnya untuk dorang.

” It takes a month untuk siapkan buku tu, Aqish excited sangat-sangat, tapi since kami jual Online je di IG Aqish ROCKINGBALQIS dan IG Planner.Ana.Official serta di Shopee, jadi tiada sambutan, semangat Aqish kembali down. Tapi alhamdulillah pada bulan pertama jualan, dorang dapat bayar beberapa hutang dan bil penting.

” Masa Lola buat buku Planner 2020, Aqish send lagi motivated quotes, dengan itu la terhasilnya Planner 2020 No Regrets tu, buku paling last Lola print. Sebab Aqish cakap boleh tarik orang untuk beli 1 set dengan buku Poems tu. Kemudian Aqish and her mom kembali bersemangat, turun KL jual buku di tepi jalan.

” Terima kasih lagi sekali kepada semua yang sudi membantu dengan membeli buku 38Poems of Puteri BaIqis

” Sekiranya anda ingin membantu Aqish, boleh pergi ke link https://plannerana.onpay.my/order/form/38poems. Semoga dengan bantuan korang, dapat bantu mereka ringan kan beban mereka”, akhiri Lola

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *