Hiburan

Tunang Dilabel ‘Playboy’, Ini Reaksi ‘Win’ Risteena

“Saya tak endah kata-kata orang”. Itu antara kata-kata tegas pelakon, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas apabila ada segelinitir hasutan yang melabelkan tunangnya, Isa Khan sebagai kaki perempvan (playb0y).

Risteena berkata, dia sesekali tidak ‘termakan’ apabila ada pihak yang cuba meracuni fikirannya sejak mengetahui dia dan Isa bercinta.

“Sebelum ini orang kata dia (Isa) playb0oy, tapi saya tahu keperibadiannya dia bukan jenis macam itu (playb0y) dan saya mempercayai kejujurannya. Saya tidak mengendahkan kata-kata-kata mereka terhadap Isa.

“Kejujuran yang ditunjukkan Isa membuatkan saya yakin untuk ambil keputusan menerima lamaran dia.

“Saya nampak Isa berusaha bersungguh-sungguh dan mahu melamar saya,” kata Risteena kepada MH.

Isa Mengaku Ramai Teman

Sementara itu, Isa mengakui bahawa dia mempunyai ramai kawan perempuan, namun berbeza perasaan terhadap Risteena.

Malah, Isa menegaskan bahawa tidak salah memiliki kawan yang ramai disekeliling.

“Saya rasa tidak salah mengenali ramai wanita bagi mencari keserasian. Daripada situ kami boleh meneruskan hubungan ke fasa berikutnya.

“Mungkin itu yang menyebabkan sekali gus saya dituduh ‘playb0y’ dan suka memperma1nkan perasaan wanita,” jelas Isa.

Terdahulu, pasangan ini mengumumkan mereka sudah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November lalu.

Bagaimanapun, Risteena dan Isa memilih untuk merahsiakan perancangan itu tetapi tidak menafikan ia akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Dalam perkembangan lain, kedua-duanya mahu memberi fokus terlebih dahulu dalam perniagaan produk kes1hatan yang dijalankan hasil usaha sama.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas. Dikenali sebagai Risteena Munim.

2. Dilahirkan pada 19 November 1989 di Kepala Batas, Pulau Pinang kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa) dan Che Bunga Salleh (ibu).

3. Berusia 30 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak kedua daripada lima beradik. Dua adik perempuannya, Ruhainies dan Asha Zainul juga merupakan pelakon. Manakala kakaknya bernama Rahimah Sadrina, selain mempunyai seorang adik lelaki, Nul Aiman.

6. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lendu, Melaka.

7. Merupakan pelakon, model dan jurucakap produk yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

8. Memulakan karier seni sebagai pelakon tambahan dan model sambilan di usia belasan tahun.

9. Antara drama yang mempopularkan namanya seperti Playboy Itu Suami Aku dan Menjinak Ombak.

10. Lain-lain drama dibintanginya seperti Friday I’m In Love, Karlos, Diandra, Plan B, Alaa Bib, Cinta Teruna Kimchi, Demi Cinta Ain dan Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung.

11. Juga telefilem Girlfriend Kontrak, Bukan Cinta Monyet, Di Bawah Satu Langit, Terpaku Pontianak, Haji Tak Mabrur, Hantu Botox, Romantika Bulan Madu, Baju Berkancing Peniti, Kecoh Mami Jarum Beraya, Pintu No.9 Masjid Nabawi, Personal Shopper dan banyak lagi.

12. Pembabitannya di layar lebar, antaranya menerusi filem Mamak Cupcake, Chowrasta, Anak Mami Nasi Kandaq, Hantu Wangan, Qhaliq dan Blok 404.

Foto: Instagram Nur Risteena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *