ISU SEMASA Keluarga

‘Bagaimana Dengan Pendapatan Balqis Ketika Dia Aktif Berlakon?’ – Erma Fatima Mula Buka Mulut

Industri hiburan Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kisah kesemp1tan hidup pelakon cilik, Puteri Balqis apabila dia muncul dalam program Bersamamu (TV3) pada 12 Januari lalu. Kemunculan Puteri Balqis atau Aqish dalam program tersebut telah mengejutkan orang ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpanya itu.

Berikutan daripada itu, sutradara Malaysia iaitu Erma Fatima turut meluahkan keb1mbangannya terhadap kehidupan Aqish dan sedih melihat keadaan pelakon cilik itu.

‘Bukan begitu cara membesarkan anak’

Menerusi Berita Harian, Erma Fatima turut mempersoalkan cara ibu bapa Aqish yang membesarkannya dalam keadaan seperti itu. Menurutnya lagi, walaupun ibu bapa sudah berc3rai dan tidak hidup bersama tetapi Aqish perlu dibesarkan dengan cara yang lebih baik dan bukannya dengan cara seperti ini.

Tambah Erma lagi, dia juga turut bimbang dengan masa depan Aqish termasuk persekolahannya sedangkan sebelum ini Aqish dikatakan telah menggunakan khidmat guru persendirian dari rumah. Tetapi lain pula yang terjadi pada nasibnya ketika ini.

Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berp1sah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak

Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah m3lang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsvngan hidup.

Hidup senang lepas popular dulu

Sementara itu, Erma turut mempersoalkan mengapa kehidupan Aqish kembali svsah seperti dahulu sedangkan hidup Aqish sekeluarga dikatakan telah berubah dan hidup mereka lebih ‘mewah’ selepas dia melibatkan diri dalam bidang lakonan. Erma juga turut mempersoalkan ke mana perginya pendapatan yang diberikan produksi kepada Aqish ketika dia sedang aktif berlakon pada suatu ketika dahulu.

Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup mer3mpat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah. Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang.

Dalam pada itu, Erma turut menyuarakan harapannya agar sekiranya ada bantvan untuk pembiayaan kos r4watan Aqish, sebaiknya disalurkan terus ke pihak hospital.

Bakal Muncul Dalam Telefilem

Akan datang dia muncul dalam telefilem terbaru syarikat saya arahan Along Kamaludin. Telefilem ini sedang dalam proses penggambaran,”

Demikian kata penerbit terkenal, Datuk A Aida pada pihak Harian Metro. Beliau mengakui sentiasa membantu pelakon cilik, Puteri Balqis dengan menawarkannya berlakon.

Terbaru, Puteri Balqis bakal membintangi telefilem terbitan A Aida Production iaitu Tiada Galang Ganti bagi tayangan slot Cerekarama di TV3.

“Selepas dapat tahu dia s4kit sejak dua tahun lalu, saya selalu menawarkannya berlakon. Saya mahu bantu dia dan ibunya menjana pendapatan.

“Apatah lagi saya tahu dia menanggung keluarga, jadi tidak salah jika berikan dia kerja. Lagipun dia pelakon yang berbakat.

Sementara itu, penerbit, Fadzil Teh turut bersimpati dengan nasib menimpa Puteri Balqis.

“Syarikat saya yang mula-mula bawa dia jadi pelakon. Dia memang pelakon yang berbakat. Cuma, apabila dia semakin terkenal, jadual pun sibuk. Sehinggalah dapat tahu dia s4kit. Pernah juga nak tawarkan berlakon, tapi dimaklumkan jadualnya penuh.”

“Sekali lagi saya terbaca mengenai kisah hidupnya yang jual buku di jalanan sekitar ibu negara. Kasihan dia. Insya-Allah, nanti saya nak cari dia dan beli buku itu,” katanya.

Dalam masa sama, Fadzil berpesan kepada semua pelakon supaya sentiasa beringat apabila berada di puncak populariti dan kejayaan.

“Apa yang menimpa Puteri Balqis boleh menjadi pengajaran kepada semua. Kena ingat, langit tidak selalunya cerah. Sentiasalah beringat ketika anda senang dan mewah,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *