ISU SEMASA Keluarga

“Saya diuji dengan kesusahan, auntie diuji dengan kemewahan” Peringatan ‘Deep’ Puteri Balqis untuk Nabila Huda

PELAKON Puteri Balqis meluahkan rasa kesal dengan kenyataan aktres Nabila Huda apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya Norashikin Mohd Aziz yang membiarkan remaja itu menjual buku di jalanan.

Puteri Balqis atau Aqish, 13, menerusi Instagramnya menjelaskan ibunya bukanlah seburuk yang disangka aktres berkenaan, malah wanita itu sudah berkorban segala-galanya untuk membesarkan dan menanggung kos pervbatannya sepanjang dia terlantar saki1t.

Katanya, tindakannya untuk mengikut ibunya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas kehendak sendiri.

“Puteri sedih, buat auntie Nabila Huda… Puteri minta jangan persoalkan ibu Puteri laman media bukan untuk itu.

Puteri Balqis luah perasan di IG pada Rabu.

“Kenyataan auntie tentang kenapa biarkan Puteri jalan ke KL jual buku ini jawapannya. Ibu sudah habis puluhan ribu ringgit untuk sel4matkan Puteri, mana saudara? Mana kawan? Mana keluarga?”

“Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja tapi Puteri yang memaksa untuk mengikutnya. Terus terang di KL ibu yang meniaga. Puteri masih ada perasaan kasihan melihat ibu,” ujarnya.

Pada Selasa, Nabila Huda menerusi laman Twitter mempersoalkan tanggungjawab ibu bapa Puteri Balqis yang mampu untuk bekerja menanggung kehidupan remaja itu.

Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja tapi Puteri yang memaksa untuk mengikutnya.
Dalam pada itu, Puteri Balqis berkata, biarpun diuji dengan kesvsahan namun ibunya tidak pernah berhenti bekerja.

Malah, dia tidak lupa bersedekah dan membayar semua duit bantuan yang dihulurkan kepada mereka.

“Ibu merupakan satu-satu ahli keluarga yang tidak pernah berhenti bekerja. Dari dulu pun selalu buat macam-macam di set penggambaran pun masih jual asam jeruk.

“Tapi belum diizinkan lagi untuk dia berjaya seperti auntie. Ujian Puteri diberikan kesvsahan dan ujian auntie diberikan kemewahan.

“Mungkin ada eloknya kami tidak aktif di laman sosial supaya kami jauh dari memf1tnah manusia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menafikan dakwaan ibunya seorang penag1ih d3dah seperti yang dilemparkan seorang individu dipercayai ahli keluarganya.

Katanya, ibunya kurus berikutan tidak cukup tidur dan mengalami t3kanan perasaan berikutan berdepan pelbagai mas3lah hidup.

“Puteri tahu apa itu d4dah. Kadang-kadang waktu kami berjalan pagi sering ditahan polis tapi ibu dilepaskan kerana tidak mengambil d3dah.

“Fizikal ibu kurus kerana tidak makan, tidak cukup tidur dan depr3ssion. Sewaktu Puteri sak1t ibu tidak tidur kerana takut Puteri sak1 ketika tidur,” ujarnya.

Sementara itu, Puteri berkata, dia juga tidak mahu berada dalam industri dan berasa lebih tenang tanpa berdepan dengan golongan tersebut.

“Puteri Balqis tiada kanseer ” Dr Masri

PAKAR Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed mengesahkan pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Aziz tidak menghidap kans3er seperti yang didakwa sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata demikian dalam program Bersamamu yang ditayangkan di TV3 semalam. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Puteri Balqis memilih menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupannya seharian.

Puteri Balqis bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz berulang-alik dari rumah mereka di Setia Alam, Selangor ke beberapa lokasi di ibu negara untuk menjual buku puisi yang dihasilkan.

Masri berkata, dia menjalankan beberapa ujian termasuk ujian d4rah untuk mencari punca penyaki1t yang dihadapi pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 itu.

“Apabila saya jalankan segala ujian klinikal, saya tak dapat berikan satu kesimpulan apa ma4salahnya. Jadi, saya teruskan dengan pelbagai ujian darah kerana dia kelihatan sangat pucat.

“Saya tengok kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kans3er, tetapi ma4salah berlainan,” katanya.

p/s: Semoga segala urusan Puteri Balqis di permudahkan

sumber: mstar, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *