Hiburan

Hans Keluar kenyataan angkuh,Ini Teguran Padu Persatuan Seniman

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyarankan Hans Isaac supaya melepaskan jawatannya sebagai sebagai pengerusi Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta-merta sebagai langkah menyelamatkan industri kreatif Malaysia daripada “hancur.”

Gesaan itu dibuat berpunca daripada kenyataan Hans sewaktu ditemu bual Melodi dan disiarkan pada 19 Jan lalu yang dianggap memperlekehkan peranan Seniman dalam memperjuangkan nasib anggotanya.

Seniman dalam kenyataannya mendakwa, tindak-tanduk Pengerusi Finas itu lebih banyak mendatangkan unsur negatif berbanding positif selain memecah-belahkan penggiat industri.

“Pentadbiran Hans dalam Finas tidak mesra persatuan, kecuali persatuan yang terpilih saja.
Iklan
“Sepatutnya sebagai pemimpin dalam agensi kerajaan, tugas utama dan peranan pengerusi ialah menyatukan seluruh industri seni Malaysia.

“Justeru, Seniman mencadangkan supaya Hans meletakkan serta-merta jawatan sebagai pengerusi merta sebagai tindakan yang lebih terhormat dan mulia daripada melihat agensi itu hancur.

“Ini sekaligus menyelamatkan industri kreatif Malaysia daripada terus layu di bawah kepimpinan beliau,” menurut kenyataan yang disiarkan di media sosial.

Dalam kenyataan disiarkan Melodi itu Hans mendakwa Seniman tidak melaksanakan tugas dengan baik tetapi hanya bijak berkata-kata selain hanya tahu menjual nombor plat kenderaan saja.

Jarang hadir AGM

“Seniman buat apa selama 28 tahun saya jadi pelakon? Nothing. Dia jual nombor platlah. Apa saya dapat sebagai seorang pelakon? Ni bukan kepada pengerusi Finas tapi sebagai seorang pelakon.

“Seumur hidup dia hanya pandai komen, komen, komen (dan) kadang-kadang marah. Saya ada perasaan, buat kerja dengan ikhlas. Jenama saya dari dulu bersih, apabila keadaan macam ni berlaku, sudah tentu ia mengecewakan.

“Kalau nak komen lebih, jumpa peguam saya, settle-lah,” katanya dalam program itu.

Seniman dalam kenyataannya turut terkejut dengan kenyataan Hans yang dianggapnya bersifat peribadi, tidak profesional, mengaibkan serta angkuh

“Sangat tidak profesional seorang pengerusi cuba memperlekeh dan mengaibkan sebuah persatuan yang telah banyak berjasa dan membantu Finas selama ini,” menurut kenyataan itu.

Menjawab pertuduhan Hans, Seniman berkata, Hans tidak mungkin mengetahui atau memahami usaha sudah dilakukan persatuan itu kerana beliau jarang muncul di mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka.

“Amat jarang sekali kami melihat beliau menghadiri AGM yang dilakukan oleh pihak persatuan bagi menerangkan pelbagai laporan mengenai aktiviti serta perancangan persatuan setiap tahun.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau bahawa Seniman tidak pernah melakukan apa apa kepada ahli-ahli dan dirinya selama ni,” kata kenyataan itu.


Zed Zaidi
Mengulas berkenaan nombor plat kenderaan, Seniman berkata, kewangan adalah rintangan terbesar perlu dihadapi persatuan, justeru ia dilakukan atas dasar persatuan tidak mempunyai sumber kewangan lain bagi membantu kebajikan ahli-ahlinya.

“Adakah beliau sedar persatuan tidak mempunyai sumber bagi membantu ahli-ahlinya? Adakah beliau tahu presiden Seniman terdahulu di bawah Mustafa Maarof pernah mendapatkan jam kredit pada Radio Televisyen Malaysia untuk mencari sumber kepada persatuan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan dan membantu ahli-ahli Seniman yang memerlukan?

“Adakah tujuan Presiden terkini, Zed Zaidi, mendapatkan plat nombor Seniman bagi tujuan yang sama adalah perkara yang salah pada pandangan beliau?

“Mungkin di sini Hans tidak mempunyai pengalaman mentadbir sebuah persatuan yang besar dan mempunyai rintangan yang amat mencabar,” katanya.

Seniman pada masa sama juga mempertikaikan apakah peranan sudah dilaksanakan Hans sebagai pengerusi Finas sepanjang setahun pentadbirannya dalam agensi berkenaan.

“Apa perancangan beliau untuk membantu persatuan-persatuan yang berkait rapat terhadap pembangunan industri kreatif? Sepanjang setahun ini apa hasil kerja beliau?” menurut kenyataan itu.

Seniman juga berkata, Finas di bawah pimpinan Hans didapati memperjuangkan dasar sama yang sudah lama dibawa oleh persatuan sedia ada.

“Sekadar mengumumkan beberapa perkara yang telah diperjuangkan oleh persatuan, adakah fungsi dan peranan Finas kini sudah bertukar menjadi fungsi dan peranan persatuan?

“Adalah lebih baik Finas memikirkan bagaimana mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bagi membantu penggiat seni yang tidak mempunyai peluang pekerjaan yang banyak,” kata persatuan itu lagi.

Sementara itu, kenyataan Hans kepada Melodi turut mengundang perhatian beberapa persatuan antaranya, Persatuan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia.

“Nasihat saya kepada Pengerusi Finas jaga hubungan baik dengan persatuan,” kata Presidennya, Jurey Latiff Rosli di Facebook.

Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 telah diadakan pada 26 Mei 2012 yang berkesudahan Zed Zaidi terpilih sebagai Presiden 2012. Zed Zaidi mendapat 152 undian, dengan men3waskan Datuk Ahmad Tamimi Siregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).Bekas presiden Datuk Mustapha Maarof menarik di saat akhir.

p/s: Semoga sebarang  salah faham antara mereka dapat diselsaikan dengan baik demi kesejahteraan artis-artis di Malaysia

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *