ISU SEMASA Keluarga

Amalan luar biasa Abam, Mr Os dan Pak Yus ketika hidup didedahkan kpd umum

BENARLAH seperti diperkatakan dalam banyak kuliah agama, jika seseorang melakukan sesuatu amal dengan ikhlas kerana Allah SWT, ganjaran pahala dan darjat seseorang manusia itu akan diangkat serta dikenang sehingga akhir hayatnya.

Demikianlah yang dapat disimpulkan apabila pelawak Abam (Bocey) yang meni1nggal dunia pada Isnin, bukan sahaja meninggalkan kesan kepada industri seni, sebaliknya turut menyentuh hati seluruh peminat hiburan tanah air.

Bayangkan, berduyun-duyun tetamu hadir menziarahi hari terakhirnya di dunia untuk menuju ke negeri abadi, iaitu alam akhi1rat.

Jenazah Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan bukan sahaja disolatkan oleh sahabat handai, peminat dan penduduk setempat malah ahli-ahli agama juga turut hadir mengaminkan doa.

Itulah mulianya Abam yang mana budi baiknya ditunjukkan Allah kepada orang ramai saat jasadnya dibawa ke li1ang lahad.

Dalam satu perkongsian bersama penceramah Ustaz Ebit Lew di sebuah program televisyen, Abam menceritakan kasih terhadap keluarga termasuk sayangnya kepada ibu yang antara lain menjadi punca rezekinya terbuka luas.

Selain pengalaman itu, penceramah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi turut bercerita mengenai pengetahuannya mengenai Abam dan dua lagi pelawak iaitu Mr Os dan Pak Yus yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.

Ketika-tiga mereka mempunyai pengalaman hebat, sehinggalah darjat diangkat untuk diperlihatkan saat hari kemati1an mereka.

Menurut Ustaz Hanafi, ketika hayatnya arw4h Abam gemar bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan.

Katanya, kehadiran orang ramai mengiringi perjalanan terakh1ir Abam di Tanah Perkvburan Islam Sungai Pusu, Gombak seolah-olah menzahirkan amalan mulia yang dilakukannya ketika hidup.

Ustaz Hanafi (kiri) berkongsi pandangannya mengenai keberkatan amalan bersedekah. Gambar kanan adalah suasana di Tanah Perkvburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Malah menurut Hanafi, situasi sama turut berlaku ketika dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Mr Os dan Pak Yus.

“Beberapa tahun lepas, saya berpeluang solatkan jenazah Mr Os. Ketika itu ramai orang sembahyangkan jenazah dia… menguruskan jenazah dia juga sesuatu yang mudah, Alhamdulillah.

“Begitu juga dengan Pak Yus… dan semalam (Isnin), Abam meninggalkan kita. Apa persamaan antara mereka?

“Pertamanya mereka adalah pelawak dan keduanya ialah mengenai kebaikan mereka yang disembunyikan… yang kita tak tahu,” katanya menerusi Facebook.

Bercerita lanjut mengenai manfaat orang yang suka bersedekah, Hanafi berkata amalan itu merupakan jambatan untuk ke syurga.

“Selepas kematian Mr Os baharu ramai orang tahu bahawa dia rajin bersedekah walaupun ketika hidup dia berhadapan masalah kewangan, duit tak banyak.

“Dia memandu teksi, ketika memandu kalau orang tak cukup duit nak bayar… dia anggap sedekah. Sedekah adalah sesuatu yang menggembirakan Allah.

“Sedekah adalah perkara paling mudah untuk ke syurga dengan syarat kita ikhlas kepada Allah,” katanya.

Selain itu Hanafi berkata Allah juga akan mengangkat darjat seorang anak yang sentiasa mengutamakan ibu bapanya.

Orang ramai memenuhi ruang masjid ketika solat jenazah.

“Semalam saya ada dengar Ustaz Salahuddin Nasir berkata, antara sebab ramai jemaah semasa solat j3nazah Abam adalah kerana dia tidak meninggalkan ibunya, anak yang baik ini dapat keberkatan.

“Selain itu, dia suka mendampingi ustaz dan para ulama. Abam juga suka menolong orang yang dalam kesusahan… sebab itu dia ada kata kalau kita baik ramai orang sayang.

“Kita tak bawa apa-apa harta melainkan amalan, tiada peminat atau saudara yang akan menemani kita ke li1ang lahad, yang akan menemani kita hanya amalan… jadi apa persediaan kita? Bersiap sedialah, semua orang akan mat1i,” ujarnya.

Pada Isnin, Abam, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami d3mam p4nas.

Allahyarh4m meninggalkan seorang isteri, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Sebelum ini pelawak Mr Os atau nama sebenar Mohd Yusof Abdul Hamid men1inggal dunia pada April 2016 dan Allahyarham Yussry Edoo atau Pak Yus pula menghembvskan naf4s terakh1irnya pada November 2015.

Ketiga-tiga mereka adalah antara ikon dalam dunia komedi yang terus dikenang buat selama-lamanya.

Semoga roh mereka dan umat Islam lain mendapat rahmat dan pengampunan Allah… Al-Fatihah.

Siapa Yang Tak Nak Pergi Dlm Keadaan Tidur Dan Masjid Dipenuhi Lautan Manusia – Luahan PiIu Jihan Muse

” Nak menulis tak tertulis, nak berkata tak terluah. Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti.

” Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung. Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang redha.

” Seorang lagi nakhoda pergi meninggalkan anak2 kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yg abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki.

” Pemergian Abam mengingatkan kita mengenai kem4tian yang tidak mengira waktu. Rezeki Abam menghadap Ilahi dalam keadaan yang tenang,”

Demikian kata pelawak dan pengacara Jihan Muse yang menganggap kem4tian pelawak Abam sangat dicemburui berikutan arwh seorang yang sangat baik.

Jihan berkata, melihat pemergian Abam yang begitu mudah serta kehadiran ribuan jemaah untuk solat jnzah adalah sesuatu yang tidak boleh dirancang.

” Siapa yang tak nak pergi dalam keadaan tidur dan masjid dipenuhi dengan lautan manusia untuk mengiringi jnzah Abam hingga ke perjalanan terakhirnya.

” Semua itu tidak boleh dirancang. Saya tidak boleh nak cakap diri saya baik dan mendapat pengakhiran yang begitu. Namun, apa yang berlaku mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik dengan orang.

” Abam seorang insan yang berhati mulia. Ramai yang menyayanginya dan saya tiada masalah langsung dengannya. Malah, kita juga tak pernah dengar cerita buruk tentang dia selama ini,” katanya.

Menurut Jihan, pemergian Abam sesuatu yang amat mengejutkan apabila satu demi satu orang terdekat dengannya menghadap Ilahi.

” Saya tak sempat nak habis sedih dengan kehilangan beberapa orang hebat dalam industri seni yang saya kenali rapat seperti Din Beramboi, Pak Yus, Abg Pitt Hamzah serta Lok U.

” Dan, semalam dikejutkan pula dengan berita arwh Abam mninggaI dnia. Saya seakan ‘bingung’ adakah benar berita yang saya terima ini? Semuanya, saya rapat dan pernah bekerjasama sekali,” katanya.

Tambah Jihan, lebih membuatkan dia pilu dengan pemergian Abam apabila mengenangkan nasib anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

” Apa yang membuatkan saya lebih pilu, ketika memikirkan anak dia. Bila dah jadi mak kita faham macam mana anak itu bila membesar nanti.

” Tak sempat nak mengenali ayahnya dan apakah dia ingat wajah ayahnya? Itu yang paling sedih,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *