ISU SEMASA Keluarga

Beribu Hadir Ketika Dia Kahwin, Solat Jenazah, dan Iringi Perjalanan Terakhirnya. Ini Biodata Abam Yg Ramai Tak Tahu

Berita pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey telah menggemparkan industri seni tanah air semalam. Kesedihan itu turut dirasai oleh ahli keluarga, rakan artis dan para peminat. Mereka juga tidak putus-putus meluahkan rasa sedih dengan keh1ilangan permata seni yang sangat berbakat ini. Allahyarham turut dikenali dengan sifat mesra dan rendah diri membuatkan dirinya itu disenangi ramai.

Selepas dua hari pemergian Abam Bocey yang ‘pergi’ menemui Rabbul Jalil, kisah kebaikan dan tarikan luar biasa Allahyrham terus diangkat dan diceritakan kepada umum.

” Meskipun terpaksa memandu sejauh 350 kilometer dari Bayan Lepas, Pulau Pinang, saya sanggup datang melihat persandingan Abam yang juga artis kesayangan kami sekeluarga,”

Demikian kata-kata seorang pemandu lori yang juga peminat arwh Abam yang sanggup datang dari jauh sewaktu majlis perkahwinan Allahyarham Abam kira-kira 2 tahun lalu.

Bertarikh 9 Disember 2017, kira-kira 5,000 peminat dan penduduk setempat hadir memeriahkan majlis perkahwinan pelawak, Allahyrham Abam Bocey dan pasangannya di Taman Air Manis, Sabak Bernam.

Begitulah hebatnya tarikan luar biasa insan bernama Abam yang memilih kerjaya sebagai pelawak demi menyara kehidupan keluarganya.

Ketika hayatnya, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, sering menggeletek hati dengan lawak jenaka dan muka selambanya.

Dan hari ini, nyata ramai menangisi pemergiannya. Lebih 2,000 orang ahli keluarga, rakan artis dan peminat hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwh yang disemadikan di Tanah Perkubvran Islam Sungai Pusu, Gombak, kira kira jam 7.20 malam ini.

Arwh menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat demam panas pagi tadi dimandi dan disembahyangkan di Masjid Gombak Utara pada jam 5.15 petang. Sebelum itu, proses pengesahan m4ti dilakukan di Hspital Selayang.

Disebabkan proses pengebvmian selesai sekitar waktu Maghrib, tetamu yang hadir menunaikan solat secara berjemaah di tanah perkubvran berkenaan.

Sementara itu, perkongsian video memuatkan keletah anak lelaki arwh, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia sembilan bulan menarik perhatian netizen.

Tak kurang ada yang begitu sayu dan simpati dengan nasib si kecil yang belum mengenal apa yang dilalui ibu dan keluarganya.

Video yang dikongsi di Instagram rasmi Anugerah Bintang Popular BH iaitu Abpbh_32 itu mengundang sebak dan tangisan.

Ketika ini, usaha mendapatkan kenyataan isteri arwh Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali belum berjaya berikutan terlalu ramai yang datang memberikan penghormatan terakhir.

Sekilas info/ biodata tentang Abam

1) Usianya 32 tahun, pemilik nama penuhnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan ini popular dengan panggilan Abam Bocey. Allahyrham dilahirkan di Gombak, Selangor pada 19 Januari 1988.

2) Anak kepada pasangan Syed Mohd Ridzuan (bapa) dan Rosbiah Arshad (ibu) ini mula bergiat aktif dalam dunia seni hiburan sejak tahun 2012.

3) Adik Abam, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau nama komersialnya, Ali Puteh juga bergiat dalam bidang seni sebagai pelawak, pelakon dan pengacara.

4) Anggota kumpulan komedi terkenal, Bocey bersama dua lagi ahli iaitu Fad dan Achey.

5) Sebagai pelakon, beberapa drama dibintangi arwh seperti Mak Cun musim ketiga, Oh My Pondok, Saka Sisters dan Tuyul Ke London.

6) Termasuk telefilem Homestay Berhantu, Bocey Beraya, Samba Bola Kampung, Gebu-Gebu Manis, Suamiku Encik Beruang, Oh My Goat, Projek Bakar Lemang, Hantu Botox, Salah Susuk Raya, Bocey Mencecey, Hantu Rumah Sakit Jiwa dan Tiga Bahadol.

7) Pembabitannya di layar perak menerusi filem Suatu Malam Kub0r Berasap 2, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Ada Apa Dekat Bas Stop, Isteri Untuk Dijual, Kecoh! Primadona Kena Hantu dan Jodoh Syaitan.

8) Antara pencapaian pernah dicapai arwh dalam bidang hiburan seperti kemenangan dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dan Pelakon Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.

9) Sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 sebelum dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah pada 14 Jun 2019.

Selain dari profil ini yang sudah didedahkan sewaktu Allahyrham Abam masih ada, perkara yang menarik perhatian ramai adalah kisah kebaikan arwh yang baru diceritakan selepas mninggaI dnia.

Semalam, penggaIi kbur arwh mendedahkan didatangi seorang wanita yang merayu supaya membenarkan dia melawat arwh, waktu itu sudah gelap hampir jam 8 malam.

Wanita berusia lingkungan 40-an bersama anak perempuannya berusia belasan tahun itu yang menunggang motosikal merayu-rayu mahu lihat kbur arwh.

Bila ditanya kenapa, wanita itu menceritakan dia bukan waris kepada Abam tetapi mengakui dia dan anak-anak banyak menerima sumbangan daripada arwh, malah Abam yang menyekolahkan anak dan menampung keluarganya. Allahu

Tolong kebvmikan Aku

Sebelum ini Achey telah memuatnaik satu perkongsian di laman Instagram miliknya dengan memberi ucapan sempena hari jadi sahabat baiknya itu. Allahyarham kemudian meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana dikurniakan rakan seperti Achey dan Fad. Dia juga turut berharap agar persahabatan yang terjalin antara mereka kekal hingga hvjung ny4wa. Dalam pada itu, dia juga meninggalkan satu komen ‘gurauan’ yang meminta supaya kedua-dua sahabat baiknya itu menguruskan j3nazahnya jika dia meni1nggal dunia suatu hari nanti.

Hahaha thank you sahabat, love you so much. Semoga kita kekal sampai mat1i. Fad dan Achey kalau aku mati tolong kebum1ikan aku tau.

Menerusi perkongsian tersebut, Achey memberitahu walaupun komen yang pernah ditinggalkan sahabatnya itu adalah gurauan semata-mata tetapi kini gurauan itu telah menjadi realiti. Tambah Achey lagi, dia telah menunaikan ‘permintaan’ Allahyarham untuk mengebumikannya jika dia telah pergi kelak.

Sedihnya…

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : bharian/ hmetro dan iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *