ISU SEMASA

“Setiap malam akan jadi macam itu”-Isteri Abam dedah apa yg berlaku kepada anak

GOMBAK – “Anak macam tertanya-tanya mana pergi bapanya, kepada saya,” demikian menurut isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam yang meni1nggal dunia, Isnin lalu.

Siti Nurhidayah Mohd Ali berkata, situasi itu membuatkan dirinya sebak kerana Allayarham Abam memang rapat dengan anak tunggalnya itu.

“Selalu bila malam, anak kami akan kacau arw4ah dan tepuk belakang Abam. Sebelum tidur dia akan kacau arw4ah, dah berapa malam anak kami mencari mana Abam.

“Dia tepuk-tepuk saya macam tahu ayah dia sudah tiada. Setiap malam akan jadi macam itu selepas arwa4h pergi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, hari ini.

Reaksi anak Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey di rumahnya, Kampung Sungai Salak Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2020.

Menceritakan hal itu, Nurhidayah berkata, anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan sentiasa memanjat perut Abam setiap malam sebelum tidur.

Malah memasuki hari kedua keti1adaan Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini lapan bulan lebih banyak diam dan sesekali menangis.

“Sejak Abam tak ada ni, anak kami masih sihat. Alhamdulilah, dan tidak banyak mera4gam,” jelas Nurhidayah.

Ditanya samada terdapat perubahan drastik sebelum arw4ah pergi selamanya, Nurhidayah berkata, suaminya ada menyatakan hasrat untuk menikmati asam pedas dan cendol.

Jadi mereka sekeluarga pergi ke Melaka bagi memenuhi permintaan Abam pada Khamis lalu.

“Sebelum arwa4h meni1nggal, Khamis tu dia cakap teringin sangat nak makan asam pedas. Lepas itu dia ajak saya pergi Melaka dan makan asam pedas.

“Yang pertama itu tidak ikut selera dia, lepas itu petang kami makan lagi. Siap cakap ini baru puas makan asam pedas.

“Malam Khamis itu dia nak makan cendol durian, dia seorang yang makan. Hari Jumaat dia cakap nak d3emam,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

Umum mengetahui, Fad Bocey menerima berita pemergian arwah Abam ketika bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun. Perasaan terkilan kerana tidak dapat hadir bertemu arw4h buat kali terakhir merupakan perkara yang terawal yang diluahkan oleh Fad meskipun dia cuba membeli tiket penerbangan yang paling awal untuk pulang ke tanah air.

Walau bagaimanapun, Fad Bocey telah selamat sampai ke tanah air pada pukul 1.00 pagi semalam dan dia disambut oleh rakannya Achey. Menerusi Instagram, pelawak itu memuat naik satu video di mana dia menziarahi pvsara Abam. Sedihnya!

ANGGOTA kumpulan Bocey, Fad, 29, akan memastikan anak tunggal Allahyarham Abam tidak kehilangan kasih seorang bapa.

Fad pada perkongsian foto di Instagram mendakap erat anak lelaki Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Menerusi kapsyen ditulis, Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berhasrat menjaga Hamzah.

“Daddy, jaga Hamzah ye nak. Anak daddy empat orang sekarang,” katanya berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah.

Perkongsian menyayat hati Fad itu mendapat lebih 300,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram dan hampir 4,000 komen yang menyokong tindakan Fad untuk berkongsi kasih sayangnya dengan Hamzah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *