Uncategorized

“Muhyddin Ibarat sedang tunggang Harimau”-Bila Tun M mula berkias

TUN Dr Mahathir Mohamad menganggap tiada keperluan untuknya bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan pertikaian politik antara mereka.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui ada menerima surat daripada Muhyiddin meminta pertemuan diadakan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, beliau terpaksa menolak kerana sudah bertemu Perdana Menteri itu termasuk menjelaskan pendiriannya, sebelum ini.

Katanya, beliau juga mempertimbang bertemu Muhyiddin jika pemimpin yang dikaitkan dengan kegiatan penyelewengan dikeluarkan terlebih dahulu daripada gabungan parti politik yang membentuk kerajaan ketika ini.

“Dia ada utus (surat) nak jumpa saya. Saya dah jumpa dia dahulu dan terang pendirian saya yang tak berubah. Saya janji tak akan kerjasama dengan Umno, Muhyiddin pun dalam klip video janji tak akan bekerjasama dengan Umno.

“Tetapi sekarang dia terima Umno sebagai parti terbesar dalam kerajaan dia… parti dia enam orang (Ahli Parlimen) sahaja, Umno 51 orang (Ahli Parlimen).

“(Disebabkan itu) Saya tak tengok apa sebab saya nak jumpa (Muhyiddin) melainkan dia sanggup buang orang itu (Ahli Parlimen Umno) semua, maka saya boleh timbang untuk jumpa,” katanya.

Muhyddin ibarat sedang tunggang harimau -Tun M

Dalam pada itu Dr Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekarang perlu menangani penyokong yang terkenal dengan reputasi enggan bertolak ansur.

Dr Mahathir memberi perumpamaan keadaan itu ibarat “Muhyiddin sedang menunggang harimau.”

“Jika dia turun, mungkin dia akan dimakan, jadi dia perlu terus menunggangnya tanpa mengambil kira walaupun keadaan sangat tidak selesa,” kata beliau, lapor media tempatan.

Dr Mahathir juga dipetik The Sun berkata terdapat cadangan supaya Pendaftar Pertubuhan mengharamkan Umno kerana pelanggaran peraturan tetapi Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri kerajaan PH ketika itu membantah syor tersebut

MP Langkawi menyalahkan keruntuhan kerajaan PH kerana Muhyiddin “tidak sabar” mahu menjadi perdana menteri dan PH “berdolak-dalik” tiada kata putus untuk menyokongnya sewaktu tempoh kemelut politik yang dicetuskan Langkah Sheraton – gerakan politik yang menyasarkan untuk menumbangkan kerajaan PH.

Terdahulu hari ini, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau hanya akan mempertimbangkan bertemu dengan Muhyiddin jika perdana menteri kelapan ‘membuang orang Umno yang dituduh rasuah’ terlebih dahulu.

“Saya tidak tengok apa sebab nak jumpa melainkan dia sanggup buang orang itu (pemimpin Umno yang terpalit dakwaan rasuah) semua, maka mungkin boleh jumpa.

“Itu pun saya akan timbang dahulu,” kata beliau, lapor The Malaysian Insight.

Sebelum itu, Anggota MT Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendedahkan Muhyiddin telah mengutus surat kepada Dr Mahathirbagi mengatur pertemuan antara dua pemimpin ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *