Uncategorized

Ini senarai penuh Barisan Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin

Profesional ketuai portfolio penting dalam Kabinet

KUALA LUMPUR – Barisan Kabinet yang bakal diumumkan pukul 5 petang ini dijangka menyaksikan ‘orang luar’ dari politik dipilih untuk mengetuai portfolio penting.

Pemilihan golongan profesional itu bagi memastikan barisan Kabinet kali ini benar-benar dapat melaksanakan agenda transformasi ekonomi negara sekaligus menunaikan harapan rakyat.

“Tidak ramai ‘orang luar’ tapi cukup untuk memastikan pembentukan Kabinet yang mantap,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.

Yang pasti, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menunaikan janjinya melantik anggota Jemaah Menteri yang berintegriti dan bebas rasuah. Mana-mana individu yang sedang berhadapan dengan kes mahkamah tidak tersenarai dalam Kabinet kali ini bagi memberi ruang kepada mereka untuk membersihkan nama.

Untuk itu sudah pasti nama-nama seperti Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Azeez Rahim tidak tersenarai buat masa ini.

Menarik juga Kabinet kali ini dikhabarkan akan membawa masuk agamawan untuk merencanakan hal ehwal agama secara profesional dan terurus.

Tiada keperluan lantik TPM, empat menteri kanan bantu tugas PM

KUALA LUMPUR – Empat Menteri Kanan dilantik bagi membantu menyelaraskan hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Mereka ialah:

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan
Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya
“Pelantikan menteri-menteri kanan itu akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin

Berikut senarai penuh kabinet

Dikemas kini dengan status timbalan perdana menteri yang tidak dilantik.
Berikut senarai penuh kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, seperti diumumkan sebentar tadi:

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
Ismail Sabri Yaakob
Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Menteri Kewangan

Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: Abd Rahim Bakeri
Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Dr Shahruddin Md Salleh

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Mastura Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Alam Sekitar
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia
Saravanan Murugan
Timbalan Menteri: Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
Annuar Musa
Timbalan Menteri: Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga
Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Dr Mansor Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri
Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Che Abdullah Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dr Abd Latiff Ahmad
Timbalan Menteri I: Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri
Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Rosol Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Ismail Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Dr Jeffrey G Kitingan

Menteri Perpaduan Negara
Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan
Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)

Nota: Muhyiddin berkata tiada keperluan untuk melantik timbalan perdana menteri. Menteri-menteri kanan akan membantu perdana menteri menjalankan tugas, termasuk mempengerusikan mesyuarat kabinet ketik ketiadaannya dalam negara.

Menyifatkan gabungan profesional, agamawan dan ahli-ahli politik di bawah bumbung Kabinet Muhyiddin sebagai #KabinetBekerjaMalaysia, harapan rakyat yang tertunggu-tunggu siapakah yang bakal berkhimdat untuk mereka akan ditunaikan sebaik mungkin.

Sebelum umum kabinet, Muhyiddin bertemu MP di Putrajaya

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli Parlimen di Seri Perdana di Putrajaya, sebelum mengumumkan barisan kabinet baru.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki kediaman rasmi perdana menteri itu pada kira-kira 3 petang, dan sebelum itu kenderaan yang membawa ahli-ahli parlimen tiba secara berperingkat.

Antara ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Bagan Datoh Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno serta Naib Presidennya Ismail Sabri Yaakob yang juga ahli parlimen Bera.

Ahli Parlimen BN yang lain yang turut kelihatan ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Mohamed Nazri Aziz (Padang Rengas) serta Ahli Parlimen Tapah M Saravanan dan Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong, masing-masing daripada MIC dan MCA.

Turut kelihatan bekas Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

Ahli Parlimen Tambun daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Faizal Azumu juga dilihat tiba untuk menghadiri pertemuan itu.

Turut hadir beberapa pemimpin PAS, diketuai Presidennya yang juga Ahli Parlimen MarangAbdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan.

Muhyiddin dijadual mengumumkan barisan kabinet di Perdana Putra pada 5 petang ini.

Pada 11 pagi, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan senarai barisan Kabinet.

Ahli Parlimen Pagoh itu mengangkat sumpah jawatan perdana menteri pada 1 Mac selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan berikutan kehilangan sokongan majoriti ekoran kerajaan Pakatan Harapan runtuh apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar daripada gabungan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *