Uncategorized

Selepas Dilantik Menteri kesihatan baru, Dr Adham mula puji Dr Dzulkefly

Menteri Kesihatan yang baru dilantik, Dr Adham Baba menjelaskan bahawa beliau ingin menjadi seorang menteri yang “cool” dalam menjalankan tugas seperti bekas penyandang jawatannya, Dr Dzulkefly Ahmad terutama dalam menangani penvlaran wab4k Cov1d-19.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas prestasi Dr Dzulkefly yang sering meraih pujian orang ramai susulan tindakannya dalam membendung w4bak berkenaan.

“Saya kena cool seperti dia (Dr Dzulkefly), sebagai doktor kita kena tenang mer4wat pesak1it.

“Saya akan buat yang terbaik untuk kurangkan isu wab4k Covi1d-19,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin politik termasuk dari kalangan Perikatan Nasional mencadangkan agar Dr Dzulkefly dilantik semula sebagai menteri kesi1hatan bagi membendung anc4man wab4k berkenaan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan kabinet barunya.

Dr Adham merupakan Anggota Parlimen Tenggara dari BN yang mendapat kelulusan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Malaya pada tahun 1987.

Kemudiannya, beliau berkhidmat sebagai doktor di beberapa hospital di Muar, Kluang dan Johor Bahru sekitar tahun 1987-1990.

Sehingga kini, Dr Adham mempunyai klinik di beberapa rangkaian sekitar Johor.

Sementara itu, Dr Adham turut berkata beliau akan meneliti isu wabak terbabit bersama Ketua Pengarah Kesi1hatan, Noor Hisham Abdullah dan bekerjasama dengannya.

“Saya akan teliti isu ini bersama DG (Noor Hisham) dan pastikan jiwa dan nyawa rakyat diselamatkan,” katanya secara ringkas.

Malaysia kini berdepan gelombang kedua peny3baran Covi1d-19 selepas jumlah kes yang disahkan di negara ini baru-baru ini melonjak kepada 117 kes.

4 menteri kanan, tiada TPM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan jemaah menteri bagi kerajaan Perikatan Nasional, yang menubuhkan kerajaan baru susulan keruntuhan kerajaan PH awal bulan ini.

Muhyiddin menyifatkannya sebagai “kabinet yang berfungsi”, yang akan berkhidmat secara lebih fokus dan berkesan.

“Untuk itu, saya akan melantik empat orang menteri kanan yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

“Pelantikan menteri-menteri kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

“Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers,” katanya lagi.

Dengan pelantikan menteri-menteri kanan ini, Muhyiddin berkata tiada keperluan untuk seorang timbalan perdana menteri pada masa ini.

“Menteri-menteri kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai perdana menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara,” katanya yang juga presiden Bersatu.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu, selepas kemelut politik berlarutan selama kira-kira seminggu.

Beliau menerima sokongan daripada anggota parlimen Bersatu, Umno-BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu, selepas kemelut politik berlarutan selama kira-kira seminggu.

Beliau menerima sokongan daripada anggota parlimen Bersatu, Umno-BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menteri kanan:

Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Azmin Ali

Timbalan menteri – Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Pertahanan – Ismail Sabri Yaakob

Timbalan menteri – Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Kerja Raya – Fadillah Yusof

Timbalan menteri – Shahruddin Bin Md Salleh

Pendidikan – Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan menteri I – Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan menteri II – Muslimin Yahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *