Connect with us

Amalan

Kesalahan Basic Ketika Solat Yang Ramai Tak Perasan

Published

on

Sedar tak sedar, dah seminggu kita jalani ibadah berpuasa dalam keadaan norma baru. Tiada bazar, terawih pun sekadar di rumah.

Mungkin ada dalam kalangan kita menggunakan sepenuhnya peluang Perintah Kawalan Pergerakan untuk menunaikan solat sunat sepanjang bulan Ramadhan ini — kerana ingin mengumpul ganjaran pahala berganda.

Tapi, adakah kita tahu dalam kita khusyuk beribadah tu tanpa sedar ada kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan secara tidak sengaja?

Seorang pengguna Twitter ada berkongsi antara 10 kesalahan basic yang sering kita terlepas pandang ketika solat.

Tidak berdiri lurus

Punya la basic sekali. Bab berdiri, Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan rukun solat. Bagi yg sakit pulak, sepatutnya sebelum terus duduk nak bersolat, kena berdiri lurus dulu atas sejadah, kemudian baru duduk. Tak sedar kan?

Takbiratul Ihram

Lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ. Takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik) juga boleh membatalkan solat. Ini kena belajar lagi ni…

Bacaan Al-Fatihah tidak betul

I rasa I pun selalu buat salah ni. I ada dengar UAI ulas pasal isu ni. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafaz 100% oleh mulut dengann makhraj dan tajwid yang betul. Baca Al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, boleh membatalkan solat.

Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud
Kadar minimum rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “Subhanallah”. Bila nak rukuk, sujud, jeda antara perbuatan tu kena jaga, dalam kadar lafaz Subhanallah. Buka terus sujud kasi hantam itu dahi atas sejadah…

Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai

Tahu apa itu anggota sujud? 7 anggota sujud: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari) — kena tepat atas sejadah. Sujud bukan sekadar dahi.

Tangan berayun-ayun semasa i’tidal

Kalian mesti tahu kan? Pergerakan anggota besar tiga kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Nak i’tidal, angkatlah tangan tu penuh bersopan. Ni angkat tangan berkepak macam nak terbang terus naik ke langit. Tak boleh ye.

Dada berpaling dari kiblat

Semasa nak solat, berdiri atas sejadah tu kita memang tahu position kiblat dekat mana, tu wajib. Tapi sedar tak kenkadang kita tak halakan dada tepat pada kiblat? Kalau kiblat menyerong, dada pun ikut menyerong. Kalau tegak, maka tegak lah ia.

Mengenakan pakaian nipis
Perempuan memang paling kena peka bab ni. Jangan atas tutup habis dengan telekung, tapi kain pulak singkat atau jarang. Nampak kaki. Kadangkala pakai baju terlalu nipis dan ternampak jelas warna kulit pun tak boleh. I pun terkadang terlepas bab ni…

Memejam mata ketika solat

Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan. Tapi jika memejamkan mata diperlukan, contohnya jika ada gangguan di sekitar seperti gambar dan menutup mata boleh membantu menambahkan kekhusyukan — maka ianya dibolehkan.

Salam

Tak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Kena belajar lagi bab beri salam…

Okay, itu antara sedikit sebanyak perkongsian yang bermanfaat untuk kita teliti sebaiknya, semoga kita dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam ibadah kita.

Selamat beramal!

Kelebihan Solat Fardhu

Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Katanya, andai kata pada pintu seseorang di antara kamu ada sebuah sungai dan ia mandi disitu sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kekotoran yang masih tertinggal dibadannya?” para sahabat menjawab, tidak ada kekotoran sedikit pun yang tertinggal dibadannya. Baginda bersabda, “Demikianlah bandingan sembahyang lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua dosanya dan kesalahan”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:

Kelebihan Solat lima waktu dan kelebihan memeliharanya.
Sembahyang fardhu merupakan tiang agama yang diwajibkan kepada setiap umat Islam yang telah cukup syarat-syaratnya.
Orang yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan sempurna meliputi rukun dan sunatnya akan diampunkan dosa-dosa kecil sedangkan dosa-dosa besar tidak terhapus melainkan dengan bertaubat.
Uslub Nabi SAW menarik minat dan terangsang untuk melakukan taat dengan cara berdialog dan perumpamaan.

Trending