Connect with us

Hiburan

Prof A. Razak Mohaideen Dilantik Ahli Lembaga Pengarah Finas Buat Ramai Terkejut

Published

on

Terbaru, pelantikan Dato Prof Dr Abdul Razak Mohaideen sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata seakan tidak setuju dengan pelantikan tersebut.

Dapat pelbagai respon dan kritikan


Menerusi laman Twitter, rata-rata berpendapat karya filem dari Prof Razak seolah tiada kualiti. Mereka turut menyifatkan Prof Razak tidak mementingkan kualiti pengarahan, sebaliknya lebih pentingkan pulangan dan keuntungan.

Mereka juga mempersoalkan kriteria kelayakan untuk beliau menyandang jawatan tersebut. Netizen turut mengambil contoh filem Badang arahan Prof Razak yang mendapat pelbagai reaksi dan kritikan dari penonton.

Terkenang karya masterpiece

Tidak dinafikan karya-karya arahan Prof Razak terdahulu seperti Anak Mami Kembali, Duyung dan Mami Jarum mendapat sambutan positif. Penonton menyifatkan filem arahan beliau terdahulu sememangnya berkualiti dan menghiburkan.

Namun, berbalik kepada penghasilan karya-karya filem arahannya kini dilihat kurang kualiti jika dibandingkan dengan filemnya terdahulu. Netizen turut mengharapkan agar industri perfileman tempatan kembali bersinar.

Finas memacu semula ekonomi industri kreatif

Sementara itu, satu sidang media berkaitan industri kreatif turut dihadiri beberapa ahli lembaga Finas membincangkan mengenai kandungan kreatif bagi tahun 2030. Penularan pandemik Covid-19 turut menyebabkan industri kreatif terpaksa dihentikan buat seketika waktu. Sehubungan itu, ramai krew dan artis turut terkesan sumber pendapatan.

Finas masih merangka SOP bagi aktiviti penggambaran dan menunggu kelulusan dari Majlis Keselamatan Negara.

Bantuan kewangan kepada warga industri

Sehubungan itu, pihak Finas telah menyalurkan bantuan sebanyak RM120,000 kepada warga industri kreatif melalui badan NGO. Dalam sidang media itu, Finas turut mengumumkan senarai anggota Ahli Perbadanan yang telah dilantik oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia. Perlantikan tersebut dikuatkuasakan dalam tempoh 2 tahun bermula 23 Mei 2020 hinggga 22 Mei 2022.

Sumber: Twitter

Sebelum Ini Ramai tak tahu Hans Isaac dah letak jawatan di Finas

Zakaria Abdul Hamid, bekas ketua bahagian PKR di Pahang dilantik sebagai pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menggantikan pelakon dan penerbit Hans Isaac.

Ketua eksekutif KRU Music Norman Abdul Halim pula dilantik sebagai timbalan pengerusi badan itu.

Mereka dilantik untuk tempoh 2 tahun bermula 23 Mei ini, menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dipecat dari PKR

Zakaria dipecat daripada PKR tahun lepas berikutan dakwaan rasvah dalam pemilihan parti itu. Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Hans Isaac dilantik sebagai pengerusi Finas tahun lepas, tetapi berdepan tekanan daripada 6 badan industri pada Disember yang mendakwa beliau menyebabkan ketua pegawai eksekutif, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menamatkan kontraknya 1 tahun lebih awal.

Isaac meletak jawatan bulan lepas.

Sebelum ini Seniman desak letak jawatan kerana mengangap kenyetaan Hans Isaac angkvh

Datuk Hans Isaac didesak supaya berundur daripada jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan kali ini desakan tersebut datang daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kerana didakwa telah menghina persatuan itu.

Tak pernah terima bantuan dari persatuan

Hans dikatakan telah mengaibkan Seniman dan bersikap angkuh apabila mengatakan tidak pernah menerima bantuan daripada persatuan itu selama 28 tahun bergelar anak seni.

Sebaliknya Seniman menerusi kenyataan menegaskan Hans sebagai ahli persatuan tidak aktif dan jarang menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung (AGM) bagi sesi penerangan berkaitan perancangan setiap tahun.

Malah Seniman turut menempelak Hans dengan mempersoalkan sumbangan pelakon itu kepada Seniman selama bertahun-tahun menjadi anak seni.

Lebih bvruk tambah Seniman, Hans Isaac semenjak menerajui Finas dilihat gagal bertindak adil kepada semua persatuan industri seni yang pada akhirnya hanya mengeruhkan indusri itu.

“Yang pertama untuk pengetahuan semua, selama 28 tahun pengalaman Datuk Hans Isaac di dalam industri seni dan pengalamannya menjadi ahli Seniman amat jarang sekali Seniman melihat beliau menghadiri Mesyuarat Agung (AGM) yang dilakukan oleh pihak persatuan bagi menerangkan pelbagai laporan mengenai aktiviti serta perancangan persatuan setiap tahun.

“Mana mungkin beliau mengetahui peranan dan tujuan persatuan selama ini sekirannya beliau tidak pernah hadir.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau di mana, Seniman tidak pernah melakukan apa apa kepada ahli-ahli dan dirinya selama ini. Sekirannya Datuk Hans Isaac mempunyai pengalaman yang amat lama di dalam industri seni, kami ingin bertanya apa sumbangan Datuk terhadap Seniman selama ini?

“Kami berpendapat pentadbiran Datuk di dalam Finas adalah tidak mesra persatuan kecuali persatuan yang terpilih sahaja. Sepatutnya sebagai pemimpin didalam agensi Kerajaan tugas utama dan peranan Pengerusi Finas adalah menyatu padukan seluruh Industri Seni di Malaysia?

“Tapi tindakan Datuk selama ini, lebih mengeruhkan keadaan dan perpecahan dikalangan penggiat seni, ia sudah cukup dilihat sangat tidak professional seorang pengerusi cuba memperlekeh dan mengabikan sebuah Persatuan seni yang paling tua di Malaysia serta telah banyak berjasa dan membantu Finas selama ini.

“Justeru itu, untuk menjadi seorang pemimpin perlulah berjiwa besar dan bersedia untuk dikritik dari pelbagai sudut dan kami melihat pentadbiran Pengerusi Finas Datuk Hans Isaac kini, banyak mendatangkan perkara negatif berbanding positif.

“Oleh yang demikian, Seniman dengan rasa rendah diri mencadangkan supaya Datuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Finas serta merta sebagai tindakan yang lebih terhormat dan mulia daripada melihat Finas hancur sekaligus menyelamatkan Industri Kreatif Malaysia dari terus layu di bawah kepimpinan Datuk.” menurut kenyataan itu.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada kenyataan Hans kepada wartawan Melodi pada minggu lalu ketika ditemubual yang didakwa turut merendahkan ahli Seniman.

Seniman juga berkata tidak menerima peruntukan dana pengurusan daripada Finas yang mengakibatkan persatuan tersebut terpaksa mennjual plat nombor untuk menjana pendapatan.

“Datuk Hans Isaac memperlekehkan persatuan dengan penjualan plat nombor Seniman? Adakah Datuk sedar Persatuan tidak mempunyai sumber bagi membantu ahli-ahlinya? Sejak kebelakangan ini juga Seniman tidak lagi menerima peruntukkan dana pengurusan daripada Finas.

“Mungkin di sini Datuk tidak mempunyai pengalaman mentadbir sebuah Persatuan yang besar dan mempunyai rintangan yang amat mencabar dan adakah Datuk tahu pekara yang paling utama dalam mentadbir sesebuah persatuan atau pertubuhan adalah dari sudut kewangan?” soal persatuan itu lagi.

Sebelum ini, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM), Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit) dan Persatuan Sinematografi Malaysia (MYSC) pernah menggesa Hans untuk meletakkan jawatan.

Mereka mendakwa Hans gagal melaksanakan tanggungjawab dalam membangunkan industri seni tanah air selain dikaitkan dengan beberapa dakwaan salah guna kuasa.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

“Baca Al-Fatihah 30 Kali Tanpa Henti,” –Fazley Yaakob ‘Denda’ Anak

Published

on

By

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mempunyai cara tersendiri dalam mendisplinkan anak-anaknya bagi membentuk keperibadian yang baik.

Diberi dua pilihan hukuman sebagai pengajaran kerana melakukan kesalahan, bapa kepada empat orang anak itu telah mengenakan ‘denda’ cara unik tetapi bermanfaat kepada anak ketiganya, Fierudz iaitu dengan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 30 kali tanpa henti.

Perkara tersebut dikongsikan Fazley di Instagram miliknya.

“Ramai juga tanya saya adakah saya seorang ayah yang garang, jawapannya ada dalam video ini.

“Anak ke-3 saya @fierudzfazley ada buat beberapa kesalahan hari ni. Saya beri dia pilihan:
A) Nak kena rotan dengan tali pinggang, ATAU
B) Baca alfatehah tanpa henti selama 30 kali,” tulisnya.

Baginya, perkara tersebut dilakukan bertujuan memberi kesedaran kepada anak-anaknya setelah melakukan kesalahan.

“Prinsip saya di dalam membesarkan anak2, yang salah tetap salah dan perlu ada hukumannya supaya mereka sedar akan kesilapan mereka.

“Namun selepas menerima denda atau hukuman, saya akan terus memeluk dan cium mereka supaya mereka tidak merajuk lama dan menyimpan dendam.

“Piyush sayang, Dida love you so much ok!,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Fazley mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya pada tahun 2006.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz, dan Alayna Salma.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Continue Reading

Hiburan

Maria Ozawa Ini Curi Perhatian Netizen Beri Ucapan Hari Raya

Published

on

By

Sambutan hari raya kali ini disambut dengan penuh disruption, orang Melayu yang suka berkumpul dan berkongsi rezeki dengan rumah terbuka, makanan yang istimewa dan lazat, baju baharu yang berwarna warni tidak lagi dapat dipamerkan kepada sahabat handai dan saudara mara tercinta. Beraya di perantauan dengan dahulunya menggunakan skype video, whatsapp video dan kini zooming seolah-olah menjadi kelaziman baharu di tanah air pada tahun ini. Penulis semestinya ternanti-nanti akan gambar-gambar potret keluarga yang lebih kecil bilangan mereka atau dijarakan sosial pada tahun ini, sama ada di Facebook, Instagram mahupun Twitter.

Maria Ozawa Bagi Ucapan Raya

Bekas bintang filem panas Maria Ozawa juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang meraikannya. Ucapan tahniah disampaikan melalui akaun Instagramnya, @maria.ozawa.

“Hello semua, hai bosku. Ini Maria Ozawa , duta produk jenama MPOSports. Saya ingin meraikan perayaan Hari Raya bersama anda dan keluarga,”- katanya.

Dengan campuran bahasa Indonesia-Inggeris, wanita yang dikenali sebagai Miyabi itu berharap mesejnya dapat difahami.

“Selamat Idul Fitri. Mohon maaf lahir batin. Saya harap saya menyebutnya dengan betul. Dan saya harap anda memahami apa yang ingin saya sampaikan kepada anda,” ujarnya.

Miyabi juga berharap wabak korona tidak membataskan kegembiraan dalam perayaan lebaran kali ini.

“Dan agar Tuhan membimbing kita untuk melihat jalan yang tepat untuk menjadi lebih baik walaupun kita merayakan kemenangan kita di sebalik virus korona pandemi. Jaga Diri. Sehingga kita dapat bertemu lagi nanti,” sambungnya.

Maria Ozawa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Posted by Jaws Media on Wednesday, May 27, 2020

 

Video ucapan hari raya itu telah mencuri perhatian netizen. Sehingga artikel ini ditulis, video singkat itu mendapat lebih 147 ribu tontonan, 22 ribu likes dan 1,800 komen.

Apa yang pasti, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya diadakan di masjid dengan tasbih dan tahmid terpaksa dianjurkan di rumah-rumah sendiri. Lahirlah bakat-bakat baharu imam muda dan tua, serta bilal yang tidak disangka-sangka mempunyai bakat terpendam. Malah para khatib terus-jadi pun sudah bersiap dengan teks ucapannya pada pagi hari raya ini. Semoga erti hari raya aidil fitri kita pada tahun ini, iaitu kembali ke fitrah dapat dirasai bersama. Tidak kira di tanah air, mahupun di perantauan.

Continue Reading

Trending