Daun Terup

Apa Hukum Main Daun Terup Tanpa Bertaruh? Ini Penjelasan UAI.

2025-11-17

Daun Terup

Apa Hukum Main Daun Terup Tanpa Bertaruh? Ini Penjelasan UAI.

“Ustaz Azhar kemudian menasihatkan orang ramai agar tidak bermain daun terup.”


Permainan kad daun terup sering dianggap aktiviti santai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terutamanya di rumah bujang. Di asrama sekolah dan di kediaman pelajar kolej serta universiti juga tidak terkecuali bermain dengan permaian ini.

Semua sudah maklum bahawa bermain daun terup hukumnya haram jika disertakan dengan wang pertaruhan sebagai hadiah kemenangan. Bagaimanapun, apakah hukum bermain daun terup ini tanpa wujudnya unsur pertaruhan dan sekadar memenuhi masa lapang?

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi soal jawab menjelaskan, hukum bermain daun terup tanpa adanya pertaruhan ialah makruh dan haram.

“Hukum bermain daun terup yang merupakan alat untuk berjudi, walaupun tidak berjudi boleh jadi makruh dan haram. “Pendapat pertama mengatakan ia makruh. Mengapa makruh dan tidak haram? Ini kerana ia tidak ada pertaruhan.

“Kenapa makruh dan tidak baik dimainkan? Kerana alat-alat itu dimainkan oleh orang kafir untuk derhaka kepada ALLAH SWT,” jelasnya di YouTube.

DAUN TERUP UNTUK BERJUDI

Ustaz Azhar kemudian menasihatkan orang ramai agar tidak bermain daun terup. Sebaliknya mengisi masa lapang dengan permainan yang lain yang bukan digunakan sebagai alat untuk berjudi.

“Daun terup ini dibuat untuk berjudi (yang merupakan perbuatan) derhaka kepada ALLAH.

“(Bagaimanapun) banyak lagi kedai di kampung yang menjual daun terup walaupun pemiliknya sudah pergi Makkah dua kali,” katanya.

Ujarnya, alat-alat judi tersebut tidak sepatutnya berada di dalam rumah orang Islam. Jelasnya, pendapat kedua pula mengatakan bermain daun terup itu hukumnya haram kerana ia perbuatan yang dilaknat ALLAH SWT.

Pesannya, jika (berpegang kepada hukum makruh dan) bermain daun terup juga, jangan bermain dengan berlebih-lebihan. “Ramai yang bermain daun terup ini walaupun tidak bertaruh, mereka sampaikan tidak kenal tangga masjid.

“Malah masuk waktu Maghrib pun masih bermain daun terup. Ada yang bermain daun terup dari usia muda hingga berumur 70 tahun,” katanya.

Jadi, kesimpulannya janganlah kita bermain dengan daun terup ye.

Leave the first comment

Artikel Lain